awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

90 peratus kakitangan Malaysia Airports di KLIA telah divaksinasi

Bernama
Bernama
13/07/2021
15:00 MYT
90 peratus kakitangan Malaysia Airports di KLIA telah divaksinasi
Kira-kira 90 peratus petugas Malaysia Airports di telah divaksinasi sejak pembukaan PPVIN KLIA pada 5 Julai lepas. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kira-kira 90 peratus petugas Malaysia Airports di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) telah divaksinasi sejak pembukaan pusat pemberian vaksin industri (PPVIN) KLIA pada 5 Julai lepas.
Menurut Malaysia Airports dalam satu kenyataan hari ini, lebih 80 peratus atau kira-kira 8,500 kakitangannya di seluruh negara telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.
Pengendali lapangan terbang itu menyatakan usaha berterusan juga sedang dijalankan bagi melaksanakan vaksinasi kepada komuniti KLIA yang terdiri daripada pekerja agensi kerajaan, syarikat penerbangan, kargo serta perkhidmatan pembersihan.
Pengerusi Malaysia Airports Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam kenyataan itu berkata inisiatif pembukaan PPVIN KLIA itu diambil kerana lapangan terbang kekal beroperasi seperti biasa walaupun sempadan negara masih ditutup selain keselamatan komuniti lapangan terbang menjadi keutamaan.
"Pelaksanaan inisiatif ini penting dalam usaha memastikan operasi lapangan terbang tidak terjejas," katanya.
PPVIN KLIA adalah hasil usaha sama Malaysia Airports, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), Protect Health, Jawatankuasa Pengendali Syarikat Penerbangan (AOC) dan Persatuan Syarikat Pengangkut Fret Udara Malaysia (AFAM).
Zambry berkata kira-kira 22,000 pekerja sektor penerbangan dan berkaitan di KLIA yang layak dijangka menerima vaksinasi hingga akhir September ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airports
#KLIA
#divaksinasi
#vaksin
#PPVIN
#COVID-19
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan