MALAYSIA
900 anggota APM ditugaskan hadapi bencana di Sabah
Aminurrahim berkata bencana yang dilaporkan setakat pagi tadi melibatkan banjir, tanah runtuh dan jalan terputus yang membabitkan 1,136 penduduk di daerah Penampang, Membakut dan Papar. - Gambar fail/Bernama
KAJANG: Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Sabah termasuk sukarelawan telah ditugaskan bagi menghadapi pelbagai insiden bencana di seluruh negeri itu susulan musim peralihan monsun.
Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed berkata bencana yang dilaporkan setakat pagi tadi melibatkan banjir, tanah runtuh dan jalan terputus yang membabitkan 1,136 penduduk di daerah Penampang, Membakut dan Papar.
"Pada hari-hari biasa, kita akan menugaskan 300 anggota di seluruh Sabah namun pada ketika ini kita tingkatkan kepada 900 anggota termasuk sukarelawan yang akan digerakkan jika berlaku sebarang insiden.
"Alhamdulillah, jumlah mangsa semakin menurun dan ada yang sudah pulang ke rumah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) di sini pada Sabtu.
Aminurrahim berkata negara ketika ini berada dalam fasa peralihan Monsun Barat Daya (MBT) kepada Monsun Timur Laut (MTL) yang lazimnya dikaitkan dengan peningkatan risiko banjir.
"Ketika ini kita belum lagi masuk ke MTL namun jika dilihat pada tahun lepas, Kedah telah mula menghadapi banjir sebelum bermulanya MTL dan tahun ini kita melihat Sabah pula menghadapi banjir lebih awal," katanya.
Beliau berkata beberapa agensi teknikal termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pakar geologi telah digerakkan bagi menilai keadaan semasa di kawasan bencana di Sabah untuk memastikan bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan.
Media sebelum ini melaporkan hujan berterusan sejak minggu lepas menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan di negeri itu sehingga meragut 14 nyawa termasuk seorang korban banjir setakat ini.
Terdahulu, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 penubuhan ALPHA yang turut dihadiri Komandan ALPHA Kolonel APM Roydee Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini