awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

92 lokasi 'hot spot' banjir di Negeri Sembilan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2022
01:40 MYT
92 lokasi 'hot spot' banjir di Negeri Sembilan
Seremban merekodkan lokasi 'hot spot' paling banyak iaitu 27 tempat dengan empat kawasan paling berisiko iaitu Taman Andalas Mantin dan tiga kampung di kawasan Pantai iaitu Kampung Mayor, Kampung Batu 6 dan Kampung Batu 7. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan merekodkan 92 lokasi 'hot spot' banjir di negeri ini.
Pengarahnya, Ir Saari Abdullah berkata, Seremban merekodkan lokasi 'hot spot' paling banyak iaitu 27 tempat dengan empat kawasan paling berisiko iaitu Taman Andalas Mantin dan tiga kampung di kawasan Pantai iaitu Kampung Mayor, Kampung Batu 6 dan Kampung Batu 7.
"Ia diikuti Port Dickson (18 tempat) dan enam lokasi paling berisiko iaitu Taman Wawasan, Indah Jaya, Kampung Sri Parit, Kampung Paya, Taman Desa Permai dan Kampung Baru Si Rusa.
"Bagi daerah Rembau, terdapat 14 tempat dan lima kawasan paling berisiko iaitu Pekan Kita, Kampung Semerbok, Kampung Paabai, Kampung Batu dan Kampung Bintongan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, terdapat 10 lokasi hot spot di Jempol dan Jelebu manakala sembilan di Tampin.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Tambah beliau, bagi daerah Kuala Pilah pula terdapat empat lokasi 'hot spot' direkodkan dan Kampung Orang Asli Kelapi, Kampung Parit serta Kampung Tanjung Jati didapati paling berisiko.
Selain itu katanya, terdapat 26 sistem siren amaran banjir dan 11 kamera web yang dipasang di beberapa lokasi.
"JPS telah pun membuat pemeriksaan terhadap semua sistem amaran banjir yang disediakan bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik.
"Cuma kita harapkan penduduk dapat beri makluman segera jika alat itu didapati rosak atau tidak berfungsi supaya tindakan lanjut dapat diambil.
"Penduduk juga dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengambil langkah bersiap sedia apabila keadaan hujan berterusan," katanya -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#banjir
#Saari Abdullah
#Taman Andalas Mantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan