awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

93 masjid di Hulu Terengganu sedia gerobok prihatin - Rosol

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
06/06/2021
04:10 MYT
93 masjid di Hulu Terengganu sedia gerobok prihatin - Rosol
Rosol berharap insiatif itu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh mereka yang benar-benar terjejas. - Astro AWANI
HULU TERENGGANU: Sebanyak 93 masjid di daerah Hulu Terengganu menyediakan 'gerobok prihatin' bagi membantu masyarakat yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, sebanyak RM1,000 diperuntukkan untuk setiap masjid bagi membekalkan barang keperluan asas seperti beras, gula, sardin, susu dan tepung.
Jelasnya, program yang diwujudkan sejak Ramadan lalu juga memilih masjid untuk menempatkan barangan keperluan itu bagi memastikan masyarakat terjejas menerima manfaat tersebut.
“Jadi program ini saya nampak sangat sesuai terutamanya bila satu kawasan dikenakan PKPD kerana pergerakan rentas kawasan ke daerah diperketatkan, jadi anak-anak mukim boleh hadir ke masjid untuk mengambil barang tersebut.
“Semalam saya dihubungi oleh seorang yang terkesan dengan COVID-19 mengatakan bahawa tiada beras di rumah, jadi saya minta supaya hadir ke masjid untuk mendapatkan barangan tersebut dan Alhamdulillah ia dapat diselesaikan,” ujarnya.
Beliau berkata, program gerobok prihatin ini diuruskan oleh jawatankuasa masjid dan sebuah almari disediakan di 93 masjid terbabit bagi menempatkan barangan keperluan harian yang boleh diambil oleh mereka yang memerlukan.
Katanya, dengan keadaan ekonomi tidak menentu, terutamanya ketika ramai di kalangan penduduk terputus bekalan asas, barangan keperluan itu disediakan secara percuma.
Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berharap insiatif itu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh mereka yang benar-benar terjejas dan terkesan akibat pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKP
#Gerobok Prihatin
#PKPD
#Ramadan
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan