awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

93 NGO gesa akta larangan merokok kepada generasi penamat dibentang segera

Hakim Rahman
Hakim Rahman
17/03/2022
06:58 MYT
93 NGO gesa akta larangan merokok kepada generasi penamat dibentang segera
Pertubuhan Green Lung Malaysia dan Ikram Health bersama 91 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Khairy Jamaluddin (tengah). - Gambar Twitter@khairykj
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Green Lung Malaysia dan Ikram Health bersama 91 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum mengesa agar Akta Larangan Aktiviti Merokok dibentangkan segera.
Memorandum itu diserahkan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin serta beberapa Ahli Parlimen lain termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii di bangunan Parlimen pada Khamis.
Antara lain memorandum itu berkata pelaksanaan larangan merokok kepada generasi penamat atau (Generational End Game) dapat menurunkan peratusan perokok baru secara drastik.
“Melaksanakan Larangan kepada Generasi Penamat (Generational End Game) bermakna kita menurunkan peratusan perokok baharu (rokok konvensional dan rokok elektronik) secara drastik.
“Strategi ini juga akan membawa penurunan kepada peratusan merokok secara keseluruhan jadi beban kos bagi merawat masalah kesihatan akibat merokok akan dapat dikurangkan,” tulis memorandum itu.
Menerima memorandum dari Pertubuhan Green Lung Malaysia, IKRAM Health & 91 NGO menyokong undang-undang generational end game (GEG) untuk melarang penjualan rokok kepada mereka lahir selepas 2005. InsyaAllah RUU akan dibentang pada bulan Julai & mendapat sokongan bipartisan. pic.twitter.com/O48EREdekW
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 17, 2022
Sementara itu Khairy Jamaluddin berkata pengenalan akta baharu bertujuan melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok terhadap generasi muda akan dibentangkan Julai ini.
“InsyaAllah RUU akan dibentang pada bulan Julai dan mendapat sokongan bipartisan,” katanya
Khairy sebelum ini memaklumkan satu akta baharu akan diperkenalkan bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 atau dikenali sebagai generational end game.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Anwar Ibrahim
#muda
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan