KUALA LUMPUR:Sejumlah 1,199 atau 94 peratus kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sekitar Lembah Klang telah menerima bekalan air sepenuhnya setakat 9 malam ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan dengan perkembangan itu, hanya 80 kawasan lagi masih terjejas dan dalam proses pemulihan untuk mendapatkan bekalan air sepenuhnya.
"Pengguna yang telah menerima bekalan air dinasihatkan untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan pelan pemulihan bekalan air berjalan lancar seperti yang dijadualkan," menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.
Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang di www.airselangor.com.
Pada Selasa, LRA Rantau Panjang serta SSP 1, 2 dan 3 terpaksa dihenti tugas menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,139,008 akaun pengguna di Lembah Klang berikutan pencemaran sumber air mentah.
Gangguan bekalan itu merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 12 2020

Hanya 80 kawasan lagi masih terjejas dan dalam proses pemulihan untuk mendapatkan bekalan air sepenuhnya.

PKP di Port Dickson, Seremban antara 5 tumpuan utama kenyataan media Ismail Sabri
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin (18 Januari 2021).

Kerajaan Selangor berhasrat beli 5 juta dos vaksin COVID-19 - MB
Kerajaan Negeri Selangor berhasrat membeli kira-kira lima juta dos vaksin COVID-19 bagi rakyat negeri itu dan usaha itu disambut baik oleh Kerajaan Persekutuan serta KKM

TERKINI | SPRM tahan pengarah syarikat di Johor Bahru
Ini berita terbaharu diterima. Seorang pengarah syarikat berusia 36 tahun di Johor Bahru telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan isu kartel daging sejuk beku.

COVID-19: Sarawak kembali catat kes positif tiga angka, dua kematian dilaporkan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan 100 kes positif COVID-19 di negeri itu hari ini.
![[INFOGRAFIK] Pakej rangsangan baharu elak rakyat terdedah miskin [INFOGRAFIK] Pakej rangsangan baharu elak rakyat terdedah miskin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/19453508731610963386969/1886119_8967789641610963535408_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej rangsangan baharu elak rakyat terdedah miskin

Berita gembira, kerajaan umum "one-off' RM500 kepada pemandu teksi, bas
Muhyiddin Yassin berkata, ia akan memberi manfaat kepada 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

PKPD Kampung Timbang Dayang, Kota Belud ditamatkan
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut diambil berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

PERMAI: Majikan yang beroperasi boleh mohon Program Subsidi Upah 3.0
Muhyiddin Yassin berkata, ia tertakluk kepada semua majikan tanpa mengira sektor perniagaan.

PKP 2.0 di Seremban, Port Dickson bermula esok
Keputusan itu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) susulan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang sangat tinggi dan mendadak dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Pakej PERMAI: KKM lahir penghargaan kepada Perdana Menteri
KKM melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri di atas pengumuman Pakej Bantuan Khas pada 18 Januari 2021.

Kualiti air tidak terjejas akibat banjir - Dr Rahman Junaidi
Setakat ini tiada laporan berkaitan pencemaran bekalan air di Sarawak meskipun negeri itu berdepan dengan situasi banjir.

Pentingnya pelarasan tarif, IWK pastikan pemulihan alam sekitar dan kesihatan awam diteruskan
IWK terus berusaha bagi memikul mandat bagi mengendalikan dan menyelenggara sistem pembentungan awam dengan cekap.

Isu air: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia jumpa MB Kedah di mahkamah
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang akan mempertahankan hak riparian sumber air negeri itu.

LSANK selesai perinci maklumat, bantu Kedah tuntut caj air mentah dari P. Pinang - Menteri Besar
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah selesai perinci maklumat kebergantungan Pulau Pinang terhadap sumber air dari negeri Jelapang Padi itu.

Bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Langat pulih 57%
Air Selangor dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bekalan air telah mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 2 pagi ini.

Banjir: Bantuan disalur secara bersasar mengikut keperluan kawasan - GPM
Di peringkat NADMA, NGO terbabit akan memaklumkan apa yang mereka telah hantar dan apa yang diperlukan di kawasan terbabit.

Banjir: 79 pelancong terkandas di Taman Negara dibawa keluar
Kesemua mereka adalah pelancong yang mendaftar masuk di empat resort di Taman Negara semasa cuti hujung tahun.

36 kawasan di Shah Alam, Klang, Petaling alami gangguan bekalan air berjadual 12 Januari ini
22 kawasan di Shah Alam, empat kawasan di Klang dan 10 kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9:00 pagi, 12 Januari 2021.

Bekalan air di Wilayah Hulu Selangor pulih sepenuhnya
Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.

Henti tugas LRA Sungai Selisek, lapan kawasan dijangka terjejas - Air Selangor
Jangkaan untuk LRA itu beroperasi semula tidak dapat dipastikan ketika ini kerana hujan belum berhenti dan paras air masih kritikal.