awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

944 pesakit COVID-19 terima rawatan di Hospital Medan di HSA - Hishammuddin

Fareez Azman
Fareez Azman
07/09/2021
09:24 MYT
944 pesakit COVID-19 terima rawatan di Hospital Medan di HSA - Hishammuddin
Hishammuddin berkata kepakaran pasukan perubatan ATM khususnya Kor Kesihatan Diraja (KKD) sentiasa bersiap sedia dalam membantu kerajaan menangani pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 944 pesakit telah menerima rawatan COVID-19 di Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru sejak 21 Jun lalu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kepakaran pasukan perubatan ATM khususnya Kor Kesihatan Diraja (KKD) sentiasa bersiap sedia dalam membantu kerajaan menangani pandemik COVID-19.
"Alhamdulillah, dengan kepakaran pasukan perubatan ATM, seramai 944 pesakit COVID-19 telah menerima rawatan di Hospital Medan ini yang mana 877 telah sembuh sekali gus dibenarkan pulang.
"Saya amat bangga dan hargai kesungguhan anggota-anggota Tentera Darat Malaysia khususnya dari Kor Kesihatan Diraja, yang sentiasa sanggup merisikokan diri serta bertugas sebilang masa demi membantu pasukan KKM perangi COVID19," kata dalam entri terbaharu di laman Facebooknya pada Selasa.
Sumber Facebook HishammuddinH2O
Ujar Hishammuddin lagi, usaha sama di antara ATM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus diperkukuhkan dalam memastikan pemulihan negara dapat dicapai.
"Saya telah sebut baru-baru ini bahawa Hospital Medan akan segera ditambah di negeri-negeri yang memerlukan. ATM kini hanya tunggu lampu hijau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diaturgerak.
"COVID-19 ialah musuh negara, menerusi apa jua cara, ATM akan peranginya demi nyawa rakyat, kesejahteraan masyarakat dan keselamatan tanah air Malaysia," katanya lagi.
Pengoperasian Hospital Medan tersebut kini memasuki hari ke-79 dengan kapasiti 80 katil biasa dan empat katil Unit Rawatan Rapi (ICU).
COVID-19 | Sedia gerak asset, bina hospital medan
Topic Berkaitan
#Hospital Medan
#Hishammuddin Hussein
#Hospital Sultanah Aminah
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan