awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

969 institusi pendidikan Islam di Johor ditutup mulai hari ini

Bernama
Bernama
08/11/2020
20:30 MYT
969 institusi pendidikan Islam di Johor ditutup mulai hari ini
Tosrin Jarvanthi berkata penutupan melibatkan 195 buah Tadika Agama Johor, 571 buah Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor dan 109 madrasah tahfiz swasta. -Bernama
JOHOR BAHRU:Sebanyak 969 buah institusi pendidikan Islam kerajaan dan swasta di Johor akan ditutup mulai hari ini hingga ke 17 Dis, iaitu hari akhir persekolahan tahun ini dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata penutupan melibatkan 195 buah Tadika Agama Johor, 571 buah Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor dan 109 madrasah tahfiz swasta di negeri ini.
"Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara pembelajaran dari rumah, mengikut kesesuaian guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah," menurut beliau dalam satu kenyataan di sini.
Tosrin berkata peperiksaan yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) seperti Peperiksaan Ujian Kelayakan Darjah Khas, Sijil Darjah Khas Agama dan Sijil Menengah Agama ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Takwim penggal persekolahan dan cuti persekolahan bagi 2021 juga akan diselaraskan semula oleh Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#institusi pendidikan Islam
#pendidikan
#COVID-19
#Johor
#tosrin jarvanthi
#madrasah tahfiz
#Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan