awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

97 kes pecah rumah di Selangor sejak Op Selamat 7 bermula

Bernama
Bernama
16/07/2015
15:09 MYT
97 kes pecah rumah di Selangor sejak Op Selamat 7 bermula
Sebanyak 97 kes pecah rumah di Selangor dicatatkan dalam enam hari pertama Op Selamat 7 dilancarkan pada 10 Julai lalu. -Gambar fail
Sebanyak 97 kes pecah rumah di Selangor dicatatkan dalam enam hari pertama Op Selamat 7 dilancarkan pada 10 Julai lalu, peningkatan 27 kes berbanding tempoh sama pada Ops Selamat 5 tahun lepas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata peningkatan itu sedikit membimbangkan tetapi memberi jaminan polis akan meningkatkan rondaan di kawasan perumahan sempena cuti musim perayaan ini.
"Saya juga ingin mengingatkan kepada sesiapa yang hendak pulang ke kampung berhari raya agar mengisi borang balik kampung dan menghantarnya ke balai polis berhampiran agar kerja pengawasan rumah mereka dapat dijalankan dengan berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Batu Tiga di sini hari ini.
Katanya setakat ini pihaknya telah menerima 4,496 borang berkenaan berbanding hanya 3,371 yang berbuat demikian pada tahun lepas.
"Kesedaran masyarakat untuk melakukan perkara ini dilihat semakin meningkat di mana kami menjangkakan akan menerima lebih banyak lagi borang sedemikian dalam masa satu atau dua hari lagi," katanya.
Mengulas statistik kemalangan dalam Op Selamat 7, Abdul Samah berkata sebanyak 2,537 kemalangan dicatatkan sehingga semalam di mana 17 daripadanya adalah kemalangan maut yang membabitkan 18 kematian.
Katanya daripada jumlah kematian itu, lapan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, empat lagi adalah pemandu dan penumpang kereta manakala bakinya adalah pejalan kaki.
Topic Berkaitan
#Abdul Samah Mat
#kawasan perumahan
#pecah rumah
#polis
#rondaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan