MALAYSIA
97 penerbangan dibatal, lebih 200 lagi lewat di Lapangan Terbang Delhi
Sebanyak 97 penerbangan dibatalkan manakala lebih 200 lagi mengalami kelewatan berikutan jarak penglihatan terhad akibat kabus di Lapangan Terbang Delhi pada Ahad. - Gambar fail/AP
NEW DELHI: Sebanyak 97 penerbangan dibatalkan manakala lebih 200 lagi mengalami kelewatan berikutan jarak penglihatan terhad akibat kabus di Lapangan Terbang Delhi pada Ahad, lapor Press Trust of India (PTI).
Seorang pegawai berkata sebanyak 48 penerbangan tiba dan 49 penerbangan berlepas dibatalkan di lapangan terbang berkenaan.
Menurut maklumat terkini di laman sesawang penjejakan penerbangan Flightradar24.com, lebih 200 penerbangan mengalami kelewatan, dengan purata masa kelewatan bagi penerbangan berlepas di lapangan terbang itu adalah sekitar 23 minit.
Dalam satu hantaran di platform X pada tengah hari, pengendali Lapangan Terbang Delhi, Delhi International Airport Limited (DIAL) memaklumkan bahawa operasi berjalan lancar.
DIAL mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (IGIA), lapangan terbang terbesar di negara itu, yang lazimnya mengendalikan sekitar 1,300 penerbangan setiap hari.
Operasi penerbangan di Delhi dan beberapa lapangan terbang lain terjejas sejak beberapa hari lalu susulan kabus tebal.
-- BERNAMA