awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Filipina tandatangani belanjawan negara 2026 berjumlah AS$115 bilion
RUU tempoh jawatan tidak libatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar - Azalina
Bayaran balik lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

97 peratus aduan gangguan perkhidmatan telekomunikasi berjaya diselesaikan CFM

Fareez Azman
Fareez Azman
31/07/2019
08:23 MYT
97 peratus aduan gangguan perkhidmatan telekomunikasi berjaya diselesaikan CFM
Barisan ahli jawatankuasa baharu Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi penggal 2019-2021.
Sebanyak 4,635 aduan pengguna direkodkan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Menurut Timbalan Pengerusinya, Mohamad Yusrizal Yusoff, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 161 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Jelasnya, aduan tertinggi melibatkan masalah rangkaian dan gangguan perkhidmatan telekomunikasi.
“Sebanyak 97 peratus daripada aduan berjaya kita (CFM) selesaikan. Aduan tertinggi membabitkan rangkaian gangguan perkhidmatan, bil dan caj, pemberian perkhidmatan, liputan 4G dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Mesyuarat Agung Tahunan CFM ke-18 di sini pada Rabu.
Sementara itu, Mohamad Yusrizal berkata, aduan yang gagal diselesaikan dalam tempoh 15 hari seperti yang ditetapkan dalam Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC) akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan selanjutnya.
Terdahulu, dalam mesyuarat berkenaan, Naib Presiden Pengurusan Pengguna UNIFI dari Telekom Malaysia Berhad, Datin Mohana Mohariff dilantik sebagai Pengerusi CFM yang baharu mengantikan Mohamad Yusrizal Yusoff yang kini memegang jawatan Timbalan Pengerusi bagi sesi 2019-2021.
Turut dilantik Setiausaha CFM Azlinda Zainal Abidin dari Astro dan jawatan Bendahari CFM pula disandang oleh Abdul Rahman Samad dari Persatuan Pembimbing Kewangan Pengguna dan Keluarga Malaysia (KPM).
Topic Berkaitan
#4G
#aduan
#Astro
#CFM
#forum
#Gangguan Perkhidmatan
#komunikasi
#LTE
#Media
#Mesyuarat Agung Tahunan
#platform
#SKMM
#telekomunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan