SARIKEI: Sebanyak 982 peserta program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) yang terdiri daripada golongan B40 dalam kawasan Parlimen Sarikei menerima lesen memandu percubaan (PDL) kelas B2 selepas berjaya menamatkan program itu.
Lesen disampaikan oleh Residen Bahagian Sarikei Michael Ronnie Langgong mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Ahli Parlimen Sarikei Datuk Seri Huang Tiong Sii pada majlis yang diadakan di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Christopher Alex Boniface Barau.
Sementara itu, Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili dalam teks ucapan yang dibacakan Alex berkata MyLesen merupakan satu daripada inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 mendapatkan lesen menunggang motosikal dengan kos minimum.
Beliau berkata program itu memberi ruang dan peluang kepada golongan berkenaan memanfaatkan kemudahan bantuan yang diberikan kerajaan bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.
Norizan turut mengingatkan peserta supaya menjadikan segala dipelajari semasa mengikuti program itu sebagai panduan keselamatan di jalan raya.
"JPJ Sarawak memandang serius perkara ini, oleh itu setiap tahun kami sentiasa konsisten mengadakan Ops Penguatkuasaan Motosikal bagi memastikan semua penunggang sentiasa mematuhi peraturan sekali gus menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Norizan turut mengingatkan peserta supaya menjadikan segala dipelajari semasa mengikuti program itu sebagai panduan keselamatan di jalan raya. - Gambar fail/FB JPJ
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
982 penunggang motosikal B40 di Sarikei terima manfaat program MyLesen
Mereka menerima lesen memandu percubaan (PDL) kelas B2 selepas berjaya menamatkan program MyLesen.