MALAYSIA

AABC Bukit Jalil gempar 'diserbu' pengganas berparang

Astro Awani 11/11/2025 | 08:17 MYT
Simulasi krisis tebusan penuh ini adalah bagi menilai keberkesanan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) yang ditetapkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO). -Gambar Astro AWANI
BUKIT JALIL: Pusat Penyiaran Asia Bukit Jalil yang merupakan sasaran penting kecoh apabila sekumpulan lima pengganas bersenjatakan parang dan molotov cocktail menyerbu premis berkenaan pada pagi Selasa.

Kumpulan berkenaan bertindak memulakan kebakaran dan menawan seorang pegawai kanan Astro bagi meminta wang tebusan sebanyak RM5 juta.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil yang tiba tujuh minit selepas krisis bermula memadam kebakaran sementara sekumpulan anggota Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras mengatur gerak bagi membebaskan tebusan.

Pasukan serbuan hanya memerlukan lima minit bagi melumpuhkan kumpulan pengganas dan membebaskan tebusan tanpa sebarang kecederaan.

Gambar: Astro Awani


Simulasi krisis tebusan penuh ini adalah bagi menilai keberkesanan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) yang ditetapkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi semua premis kawasan larangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Chua Kok Lian berkata, latihan berkala sebegini membolehkan organisasi menguji keberkesanan pelan, mengenal pasti kelemahan, dan membuat penambahbaikan.

Simulasi krisis tebusan penuh ini adalah bagi menilai keberkesanan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) yang ditetapkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi semua premis kawasan larangan.


"Tujuan utama simulasi bagi meningkatkan kesiapsiagaan pihak polis bantuan Astro Bukit Jalil untuk mengatasi dan menguji SOP jika berlaku pencerobohan," katanya kepada Astro AWANI, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Keselamatan Astro, Dr R. Balasubramaniam berkata, keselamatan premis kawasan larangan adalah satu keutamaan syarikat dan perlu dipatuhi sepenuhnya.

Ketua Keselamatan Astro, Dr R. Balasubramaniam


"Saya amat terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak berkepentingan yang terlibat kerana ia merupakan satu keperluan pada masa sekarang untuk semua instalasi yang dikuatkuasakan di bawah CJSO supaya bersiap sedia dalam keadaan apa sekalipun.

"Dengan izin, semuanya berjalan lancar pada pagi ini dan mungkin menjadi satu pedoman kepada instalasi-instalasi lain," ujarnya.

Simulasi ini turut di pantau oleh Timbalan Pengarah CGSO Kuala Lumpur, Shamsir Md Saleh dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM serta melibatkan unit polis bantuan serta unit-unit lain dalam Astro.

Simulasi berkenaan merupakan inisiatif utama kelolaan PDRM dan pihak berwajib demi memastikan semua pihak bersiap-sedia menggerakkan anggota dalam menghadapi perkara luar jangka yang boleh menjejaskan keselamatan warga Astro.




#Astro #Simulasi krisis tebusan #molotov cocktail #kesiapsiagaan polis bantuan