awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AADK perkenal DAC untuk pemulihan lebih holistik

Bernama
Bernama
19/03/2025
22:00 MYT
AADK perkenal DAC untuk pemulihan lebih holistik
Ruslin (tengah) ketika melawat Pusat Saringan dan Penilaian Dadah (DAC) di Pejabat AADK Pasir Mas, di Pasir Mas, 19 Mac 2025. --fotoBERNAMA
PASIR MAS: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terus memperkukuh usaha transformasi dalam sistem rawatan dan pemulihan penagihan dadah di negara ini dengan memperkenalkan Pusat Saringan dan Penilaian Dadah (DAC).
Ketua Pengarah AADK Datuk Ruslin Jusoh berkata sebelum ini DAC dikenali sebagai Pusat Tahanan Reman atau lokap, namun kini telah melalui transformasi selari dengan pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 2024.
"DAC berfungsi sebagai pusat rujukan tunggal bagi individu yang ditahan dengan tumpuan utama pada saringan dan penilaian dadah yang komprehensif.
"Penilaian ini merangkumi aspek perubatan dan psikososial bagi memastikan rawatan yang diberikan lebih holistik dan berkesan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di DAC Pasir Mas di sini semalam.
Menurutnya pasukan perubatan di DAC akan menentukan jenis dadah yang digunakan oleh penagih serta kaedah rawatan terbaik bagi setiap individu.
Ruslin berkata pusat itu turut menyediakan penempatan doktor perubatan berdaftar secara lokum serta memperkasakan pegawai pemulihan dengan kepakaran dalam saringan dan penilaian menggunakan lapan instrumen khas.
"Langkah ini bertujuan mempercepatkan proses rawatan dan pemulihan bagi Orang Kena Tahan tanpa perlu menunggu keputusan patologi, sekali gus mempercepatkan proses pemulihan.
"DAC juga dilengkapi dengan fasiliti yang lebih mesra dan kondusif, sejajar dengan pendekatan pemulihan dan bukan sekadar hukuman semata-mata," katanya.
Beliau berkata penambahbaikan ini turut mengambil kira aspek hak asasi manusia bagi memastikan individu yang ditahan mendapat rawatan dalam persekitaran yang lebih berperikemanusiaan.
"Transformasi ini adalah langkah besar dalam memperkukuhkan komitmen AADK untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, khususnya dalam menangani isu penagihan dadah di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK
#pemulihan
#penagih dadah
#dac
#Ruslin Jusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan