MALAYSIA
AADK perlu siap siaga hadapi cabaran terkini – Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis i-Deen Kepulihan anjuran AADK di ibu negara, hari ini. Foto Astro AWANI/Shahir Omar.
KAJANG: Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu sentiasa berada dalam kesiapsiagaan, dilengkapi dengan pengetahuan serta kemahiran terkini bagi berdepan cabaran penyalahgunaan dadah yang kompleks.
Ringkasan AI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu dadah di negara ini telah berlarutan lebih empat dekad, namun terus berevolusi seiring perubahan jenis dan corak ketagihan.
“Masalah dadah di negara kita ini bukan baharu, kita sudah lebih 40 tahun bertarung untuk mengatasinya, tetapi kini berlaku dinamika baharu, terutamanya dari segi jenis dadah yang digunakan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis i-Deen Kepulihan anjuran AADK di sini, hari ini.
Menurut Saifuddin, dadah sintetik kini menjadi cabaran utama, menggantikan dadah konvensional yang lebih lazim sebelum ini.
“Empat dekad lalu, kita tidak bercakap pun tentang dadah sintetik, kini, kesannya berbeza termasuk menyebabkan halusinasi serius kepada klien, yang memerlukan pendekatan rawatan yang jauh lebih rumit dan khusus,” jelasnya.
Tambahnya lagi, klien yang menjalani rawatan di pusat pemulihan AADK hadir daripada pelbagai latar belakang, tahap dan punca ketagihan yang berbeza sekali gus menuntut pendekatan rawatan yang holistik dan disesuaikan secara individu.
“Daripada rencam latar ketagihan, hingga kepada sistem sokongan sosial yang tidak sama… maka kepakaran dalam menguruskan mereka juga perlu bersifat menyesuaikan diri, tidak boleh lagi statik,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata klien AADK terdiri daripada dua kategori iaitu yang hadir secara sukarela dan yang menjalani perintah mahkamah di mana kedua-duanya menjalani modul rawatan menyeluruh yang telah ditetapkan agensi.
“Modul itu memberi penekanan kepada aspek fizikal, emosi dan sosial. Keberkesanannya pula diukur menerusi kadar kejayaan pemulihan yang kini mencecah sekitar 78 hingga 79 peratus,” katanya.
Justeru, AADK mensasarkan untuk mencapai kadar pemulihan 80 peratus dalam masa terdekat iaitu angka yang disifatkan Saifuddin sebagai munasabah dan wajar dijadikan penanda aras baharu.
Namun begitu, katanya, kejayaan itu perlu dikekalkan dan ditambah baik menerusi pemantauan berterusan serta jaringan sokongan selepas rawatan.
Ringkasan AI
- Peralihan kepada Dadah Sintetik: Dadah sintetik kini menjadi ancaman utama, menggantikan dadah konvensional. Ia menyebabkan kesan halusinasi serius dan memerlukan rawatan yang lebih kompleks dan khusus.
- Pendekatan Rawatan Holistik: AADK menekankan rawatan menyeluruh merangkumi aspek fizikal, emosi dan sosial. Modul rawatan baharu dirangka secara berfasa dan berasaskan bukti, dengan kadar kejayaan pemulihan mencecah 7879%.
- Kesiapsiagaan Pegawai & Penyesuaian Rawatan: Pegawai AADK perlu dilengkapi kemahiran terkini untuk menangani pelbagai latar belakang klien. Rawatan tidak boleh bersifat statik, sebaliknya perlu disesuaikan secara individu.