MALAYSIA
AADK sasar pemasangan CCTV berteknologi tinggi di lokap tahun ini
Ruslin berkata, pemasangan CCTV di lokap AADK akan memastikan tadbir urus dan integriti pengurusan lokap berada di tahap tertinggi. - Gambar fail
BANGI: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi tinggi di 18 fasiliti lokap berpusat milik agensi itu akan dilaksanakan tahun ini.
Ketua Pengarah AADK Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya kini dalam proses permohonan peruntukan daripada Kementerian Kewangan untuk melaksanakan projek berkenaan secara berfasa.
"Kita berusaha untuk melaksanakan pemasangan CCTV tahun ini dan ia akan dibuat secara berperingkat kerana terdapat beberapa lokap yang perlu dimulakan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat 2026 dan Perhimpunan Bulanan AADK Januari di sini hari ini.
Beliau berkata pemasangan CCTV di lokap AADK akan memastikan tadbir urus dan integriti pengurusan lokap berada di tahap tertinggi.
"CCTV merupakan satu daripada pendekatan paling efektif untuk tujuan pemantauan dan memastikan tadbir urus yang baik," katanya.
Pada 26 Sept tahun lepas, Ruslin berkata sebanyak 550 unit CCTV berteknologi tinggi akan dipasang di 18 fasiliti lokap berpusat AADK di seluruh negara.
Beliau berkata langkah itu bertujuan meningkatkan ketelusan pengoperasian, mencegah insiden yang tidak diingini, selain meminimumkan kesilapan manusia melalui adaptasi teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan bersetuju CCTV berteknologi tinggi dilaksanakan di pusat tahanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lokap AADK seluruh negara.
Menurut Anwar, pemasangan CCTV berteknologi tinggi itu adalah satu daripada usaha meningkatkan kecekapan agensi penguatkuasaan dalam memastikan keselamatan tahanan terpelihara.
-- BERNAMA