Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain dalam memerangi aktiviti penagihan dadah di seluruh negara.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Abdul Halim Mohd Hussin berkata langkah yang diambil dilihat lebih berkesan dalam menjayakan kempen perangi dadah habis-habisan terutama di kawasan yang dikenal pasti kawasan hot spot.
"Langkah yang diambil perlu memandangkan setiap operasi turut melibatkan kawasan pantai, pekan, bandar, hutan dan melibatkan rakyat warga asing yang memerlukan fasiliti dan kemahiran yang dimiliki untuk membanteras aktiviti tersebut.
"Selain itu, gabungan ini dilihat mampu menyemarakkan 'gelombang antidadah dalam kalangan rakyat untuk sama-sama membantu pihak berkuasa mengurangkan aktiviti ini yang melibatkan golongan remaja dan belia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan 'Ops Sarang' di Kuala Kedah, di sini, malam tadi.
Dalam operasi tersebut 117 penagih termasuk 16 warganegara asing diberkas di sekitar pelantar nelayan dan kawasan penempatan di Kuala Kedah kerana terlibat dengan kegiatan tersebut.
Antara kampung terlibat ialah Kampung (Kg) Hulu, Kg Tok Pasai, Pelantar Siput dan Kg Tepi Laut yang melibatkan hampir seratus anggota daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela).
Daripada jumlah itu 62 positif dadah dan akan dibawa ke pusat rawatan dan pemulihan dadah di seluruh negara.
Sehubungan itu, AADK merancang pelbagai program melibatkan komuniti setempat untuk memastikan rakyat saling peka dan berhati-hati dengan gejala penagihan dadah.
"Kami juga meningkatkan program di peringkat komuniti seperti rondaan bersama AADK, ops cegah dan menjemput ikon antidadah untuk mengambil tanggungjawab memerangi aktiviti penagihan dadah di kawasan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 22 2016

AADK bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain dalam memerangi aktiviti penagihan dadah di seluruh negara. - Gambar hiasan

'Ruby' bantu siasatan kematian Zayn Rayyan
Unit K9 Bukit Aman sekali lagi dihantar ke kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Sabtu.

Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.

Pasangan berusia teruja sertai majlis akad nikah beramai-ramai
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.

KKM akan teruskan SOP COVID-19 untuk kekang penularan ketika banjir - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan prosedur operasi standard (SOP) di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir bagi mengekang penularan COVID-19.

Isu padang stadium rosak: KBS keluarkan kenyataan minggu depan
Keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk hingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir.

Polis Pulau Pinang utamakan terima laporan bukan pakaian pengadu
Polis Pulau Pinang menjelaskan keutamaan pasukan itu ialah untuk menerima laporan daripada pengadu dan bukan pakaian pengadu.
Kesedaran tentang rasuah bentuk jati diri bakal pemimpin
Tan Sri Azam Baki berkata, pengetahuan tentang antirasuah dan nilai etika boleh menjadi peringatan dan melindungi bakal pemimpin masa depan daripada terjerumus dalam rasuah.
Isham dipecat kerana masalah disiplin, kritik parti sesuka hati
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemecatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti, Isham Jalil adalah kerana masalah disiplin.

Perluas program kahwin secara serentak, bantu tingkatkan kadar kelahiran - Nancy
Penganjuran program akad nikah beramai-ramai secara serentak perlu diperluaskan, bagi memudahkan urusan perkahwinan di Malaysia.

Lebih 30,000 kes penipuan dalam talian babit kerugian RM1.3 bilion - Pengarah JSJK
PDRM menerima sebanyak 32,462 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan nilai kerugian RM1.3 bilion.

Keluarga main peranan penting bantu pulih ketagihan dadah - Shamsul Anuar
Masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk bersama membantu memulihkan mereka yang terjerumus dalam gejala ketagihan dadah.

Kempen antidadah kalangan remaja perlu dianjur lebih kerap
Kempen antidadah dalam kalangan remaja boleh mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti sihat.

Pemulihan menerusi aktiviti lasak kaedah baharu rawat ketagihan dadah
Pendekatan 'adventure recovery' atau pemulihan menerusi aktiviti lasak menjadi kaedah baharu diperkenal Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

APMM, AADK tahan 25 individu dalam operasi banteras dadah
Kesemua yang ditahan adalah lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 20-an hingga 50-an yang ditahan di atas bot serta jeti nelayan.

JKPD, PRS dan Mentor Kepulihan kelompok penting bantu pemulihan dadah
Peranan institusi keluarga sebagai tempat rujukan pertama klien dalam kepulihan perlu diberi perhatian semua pihak.

Belasan tahun hidup 'gelap' ketagihan dadah, Mohd Radzi kini tauke kambing perap
Lelaki berusia 39 tahun itu kini mampu membina semula perniagaan menternak kambing dan lembu yang diusaha bersama abang kandungnya.

Jumlah penagih dadah meningkat, sebahagian besar golongan muda - AADK
Kes penagihan dadah di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

AADK laksana program rawat dan pulih lebih mesra ubati penagih dadah
AADK mengambil pendekatan baharu dengan menjalankan program berasaskan rawatan dan pemulihan yang lebih mesra terhadap penagih dadah.

Penyalahgunaan, penagihan dadah meningkat 27 peratus dari Jan-Jun 2023
Berdasarkan trend, lebih 65 peratus penagih dadah dikesan menggunakan dadah sintetik, dengan kebanyakannya adalah dalam kalangan belia.

Sepang Eco-Challenge and Outdoor Recovery Park AADK dilancar
AADK terus proaktif dalam mempelbagaikan perkhidmatan kepulihan dengan memperkenalkan Sepang Eco-Challenge and Outdoor Recovery Park (i-SCORE) AADK.