MALAYSIA
AAIMS2025: ASEAN perlu perkukuh AI tempatan dan kedaulatan digital – Pakar
Aznul Qalid berkata, ASEAN perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi AI untuk memastikan kedaulatan digital terjamin. - Gambar hiasan/Bing Image Creator
KUALA LUMPUR: ASEAN perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi kecerdasan buatan (AI) untuk memastikan kedaulatan digital terjamin dan jurang pembangunan antara negara anggota dapat dikurangkan.
Professor Madya Jabatan AI Universiti Malaya, Aznul Qalid Md Sabri berkata, ketika ini terdapat jurang ketara dari segi pembangunan AI antara negara-negara ASEAN.
Menurutnya, tema 'Driving Sustainable and Inclusive Development in ASEAN' yang diangkat pada Sidang Kemuncak ASEAN 2025 amat bertepatan dengan perkembangan semasa dan bukan sahaja bercakap soal kemampanan, tetapi juga inklusiviti supaya semua negara anggota bergerak seiring dalam memanfaatkan teknologi AI.
"Singapura, misalnya, sudah berada di tahap yang lebih maju, manakala Malaysia mempunyai dasar AI yang proaktif.
"Namun, potensi sebenar hanya dapat dicapai jika teknologi ini dimanfaatkan secara bersama di peringkat serantau," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Beliau berkata, teknologi AI ketika ini banyak dikuasai oleh platform antarabangsa seperti Google dan OpenAI, menyebabkan ASEAN terpaksa bergantung kepada platform luar dan keadaan ini menimbulkan kebimbangan mengenai kawalan data dan keselamatan maklumat.
“Kita belum ada platform AI yang dibangunkan sepenuhnya di rantau ini. Semua data yang digunakan untuk melatih model AI, kebanyakannya disimpan di luar negara. Ini isu besar kerana ia melibatkan kedaulatan data dan kawalan teknologi.
"Walaupun kadar penembusan Internet di Malaysia hampir mencecah 90 peratus, tahap kesedaran masyarakat tentang penggunaan AI masih rendah,
"Teknologi ini mempunyai potensi besar untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), petani dan peniaga kecil," katanya.
Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif seperti AI untuk rakyat yang mewajibkan penjawat awam mengikuti kursus asas pemahaman AI.
Inisiatif-inisiatif yang dilancarkan oleh Kementerian Digital berhasrat menyediakan kemahiran dan peluang yang diperlukan dalam ekonomi digital.
Kementerian Digital juga menyedari kebimbangan orang ramai terhadap impak AI, terutamanya dalam pasaran pekerjaan, justeru telah mengambil langkah proaktif untuk melengkapkan rakyat dengan kemahiran AI yang diperlukan.