MALAYSIA
AAIMS25: Malaysia mahu rangka Strategi Kepercayaan Digital, tubuh Suruhanjaya Data

Gobind berucap pada Sidang Kemuncak AI ASEAN di Kuala Lumpur, pada Isnin.
KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan komitmen untuk memperkukuh tadbir urus teknologi Kecerdasan Buatan (AI) melalui pembangunan Strategi Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data 2026–2030 serta penubuhan Suruhanjaya Data bebas.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata inisiatif tersebut menjadi teras utama dalam usaha memperkukuh aspek perlindungan dan tadbir urus data, meningkatkan ketahanan siber serta menegakkan integriti ekosistem digital negara.
"Strategi ini akan menetapkan pelan hala tuju jangka panjang bagi membina ketahanan terhadap ancaman baharu, meningkatkan integriti data, serta memperkukuh keyakinan awam terhadap masa depan digital Malaysia,” katanya ketika berucap berucap pada Sidang Kemuncak AI ASEAN 2025 (AAIMS25) di sini, pada Selasa.
Gobind menjelaskan Suruhanjaya Data akan berfungsi sebagai badan pemantau bebas yang bertanggungjawab memelihara tadbir urus data yang kukuh dan mempromosikan amalan AI beretika.Kata beliau, rangka kerja suruhanjaya itu juga direka supaya mempunyai kebolehoperasian merentasi ASEAN, membolehkan Malaysia memberi sumbangan bermakna kepada seni bina kepercayaan serantau.
Beliau turut menegaskan Malaysia akan bekerjasama rapat dengan negara-negara ASEAN untuk memastikan manfaat AI dapat dinikmati secara saksama sambil memelihara keselamatan, etika dan kepercayaan awam.
"Sidang Kemuncak AI ASEAN ini menjadi titik tolak ASEAN untuk membentuk masa depan AI mengikut acuan sendiri serta membangun
Dalam pada itu, Gobind turut menegaskan komitmen Malaysia untuk memastikan kecerdasan buatan (AI) dibangunkan secara inklusif, mampu milik dan berteraskan nilai serantau
Katanya, untuk itu Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan ASEAN bagi membina ekosistem AI yang seimbang.
Beliau berkata, AI merupakan cabaran penentu generasi ini yang tidak mampu diselesaikan mana-mana negara secara bersendirian, sebaliknya memerlukan semangat kerjasama dan perkongsian pengetahuan seperti yang menjadi tunjang ASEAN selama ini.
“AI mesti inklusif, bertanggungjawab dan berakar pada kepelbagaian rantau ini.
“Malaysia berdiri bersama rakan ASEAN, bukan sekadar sebagai tuan rumah, tetapi rakan aktif membina masa depan AI untuk kita, daripada kita,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami