awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AAM batal angkara gagal patuhi akta - PJS

Bernama
Bernama
26/03/2019
08:23 MYT
AAM batal angkara gagal patuhi akta - PJS
Zaiton memaklumkan pihaknya sudah beberapa kali menghantar surat tunjuk sebab dan peringatan. - Bernama
Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) bertindak membatalkan pendaftaran Persatuan Automobil Malaysia (AAM) pada 30 November 2018 ekoran kegagalan persatuan itu mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997.
Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman turut menyatakan pihaknya telah beberapa kali menghantar surat peringatan dan tunjuk sebab kepada AAM namun masih gagal mendapatkan kerjasama daripada badan sukan permotoran itu.
"Kegagalan AAM untuk mengemukakan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKB) yang mengandungi dokumen seperti minit Mesyuarat Agung, senarai ahli jawatankuasa, penyata kewangan tahunan diaudit, laporan aktiviti tahunan dan senarai keahlian yang gagal dihantar sejak 2016 merupakan antara kesalahan yang membawa kepada pembatalan tersebut.
"Ekoran itu, PJS memutuskan AAM bukan lagi entiti yang wajar didaftarkan untuk mewakili sukan bermotor di Malaysia seperti yang termaktub dalam Seksyen 20 Akta Pembangunan Sukan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau menjelaskan AAM tidak boleh menganjurkan, menjalankan, membenarkan atau menyertai apa-apa aktiviti yang sedang berlangsung bagi mana-mana sukan sama ada di dalam atau luar negara.
Rayuan telah dikemukakan oleh AAM kepada Menteri Belia dan Sukan selaras dengan Seksyen 21, namun rayuan tersebut telah ditolak.
Zaiton berkata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) telah diberi maklum mengenai pembatalan tersebut melalui surat bertarikh 8 Mac.
"Sehubungan itu, peranan sebagai badan pengelola sukan bermotor Malaysia akan diuruskan oleh satu badan sukan baharu yang akan dimaklumkan kemudian," katanya.
Beliau juga menasihatkan mana-mana pihak agar tidak berurusan dengan AAM sehingga badan pengelola baharu dimuktamadkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AAM
#Malaysia
#permotoran
#Persatuan Automobil Malaysia
#Pesuruhjaya Sukan Malaysia
#sukan
#Zaiton Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan