MALAYSIA
AB Rauf terima anugerah pencapaian sepanjang hayat HRD Asia
Pengiktirafan tersebut menjadikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri kedua di negara ini menerima anugerah berprestij itu. - Foto fail/BERNAMA
MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat daripada Kongres Human Resource Development (HRD) Asia atas kepimpinan, komitmen dan sumbangan beliau dalam pembangunan modal insan di negeri ini.
Pengiktirafan tersebut menjadikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri kedua di negara ini menerima anugerah berprestij itu, selepas bekas Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Asia HRD Awards 2025 Dr Mohamed Waheed Hassan Manik, pada Majlis Makan Malam The Asia HRD Awards 2025 yang berlangsung di Universiti Cyberjaya, malam tadi.
Sejak mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada 31 Mac 2023, Ab Rauf melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menyerlahkan keunikan Melaka dalam aspek kebudayaan, seni, warisan dan sosial, sekali gus menjadikan negeri ini destinasi pilihan pelancong serta mesra pelabur.
Antara inisiatif yang mendapat perhatian termasuk Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR), Kampung Digital dan Paramedik Komuniti (PARAKOM).
-- BERNAMA