Ab Rauf ungguli saingan tiga penjuru Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah

Bernama
Oktober 19, 2013 15:17 MYT
Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh mengungguli saingan tiga penjuru Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah pada persidangan perwakilan dan pemilihan bahagian itu hari ini.
Ab Rauf dipilih menerajui bahagian itu apabila memperoleh 287 undi berbanding Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi Datuk Ismail Othman (169) dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik (126).
Penyandang jawatan itu bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop mengosongkan jawatan tersebut pada pemilihan melibatkan 585 perwakilan daripada 63 cawangan dalam bahagian itu.
#ab rauf yusof #Ismail Othman #Masjid Tanah #Rahim Tamby Chik