MALAYSIA
'Abah ditemui jatuh dalam longkang besar'
Mazlan ditemui dalam longkang besar oleh orang awam yang lalu di kawasan tersebut. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: "Saya tidak sangka panggilan masuk dari telefon abah rupa-rupanya orang lain dan insiden yang saya dengar buat hati luruh sekelip mata."
Ringkasan AI
Demikian luahan Siti Salmi apabila mendapat perkhabaran bapanya, Mazlan Yaacob yang sedang bekerja sebagai pemandu lori sampah, dijumpai dalam sebuah longkang besar pada 11 november lalu.
Menceritakan peristiwa itu, suri rumah dari Johan Setia, Klang itu berkata, dia menerima panggilan berkenaan pada jam 10.10 pagi ketika sedang memasak di rumah.
"Saya terkejut bila orang lain guna nombor abah dan memaklumkan Abah ada dalam longkang besar. Setakat ini tiada saksi dan kami sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku.
"Cuma dalam telefon bimbit abah, ada gambar pada jam 9.50 pagi yang abah rakam lori sampah. Itu sahaja, tetapi bila tanya, Abah tak ingat dan tak tahu bagaimana boleh jatuh," kataya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Menurut Siti Salmi, bapanya kini dirawat di hospital dan semakin stabil.
Namun dia memaklumkan, bapanya perlu memakai pendakap leher akibat kecederaan yang dialami.
"Hasil imbasan menunjukkan terdapat parut pada paru-paru dan tulang rusuk. Dua beg darah terpaksa dimasukkan akibat kekurangan darah dan bacaan buah pinggang kembali normal.
"Cuma pendarahan di bahagian kepala masih belum berhenti sehingga semalam. Kadang-kadang abah dapat ingat sesuatu, kadang-kadang tidak," ujarnya.
Menurut wanita itu, bapanya telah bekerja sebagai pemandu lori sampah sejak tujuh tahun lalu dan merupakan seorang yang rajin serta jarang berehat meskipun sudah berusia.
"Kalau cuti pun, kadang-kadang abah tetap dipanggil kerja sebab banyak sampah tak diangkat.
"Saya harap pihak majikan memberi kerjasama penuh terutama dalam urusan tuntutan PERKESO dan cuti sakit memandangkan kecederaan itu berlaku ketika waktu bekerja.
"Kami cuma mahu urusan abah dipermudahkan dan pada masa sama, kami sangat memerlukan doa daripada masyarakat agar abah kembali sembuh," katanya. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Mazlan Yaacob, seorang pemandu lori sampah, ditemui dalam sebuah longkang besar pada 11 November lalu ketika sedang bertugas, tanpa saksi yang mengetahui bagaimana kejadian berlaku.
- Mangsa kini dirawat di hospital dengan kecederaan pada kepala, paru-paru dan tulang rusuk, serta memerlukan pendakap leher dan pemindahan darah. Keadaan beliau dilaporkan semakin stabil tetapi masih mengalami pendarahan di kepala.
- Anak mangsa, Siti Salmi, berharap majikan memberi kerjasama dalam urusan tuntutan PERKESO dan cuti sakit, serta memohon doa orang ramai agar bapanya segera sembuh.