MALAYSIA
Abai Zayn Rayyan: Nasib Ismanira diketahui esok
Pada 21 Julai lepas, mahkamah memerintahkan Ismanira membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. - Gambar fail
PETALING JAYA: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin akan mengetahui nasibnya esok, sama ada dilepaskan atau disabitkan atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, dua tahun lepas.
Ringkasan AI
Hakim Mahkamah Sesyen Syahliza Warnoh dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 9 pagi.
Pada 5 Ogos lepas, pihak pembelaan menutup kes selepas mengemukakan lima saksi dengan Ismanira, 30, sebagai saksi pembelaan pertama memberi keterangan pada prosiding bermula 21 Julai lepas.
Saksi lain yang memberi keterangan ialah doktor pakar psikologi kanak-kanak Dr Noor Aishah Rosli, datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan, iaitu Zahari Mohd Reba dan rakan baik Ismanira, iaitu Umi Syafiqah Rohizal.
Pada 21 Julai lepas, Hakim Syahliza memerintahkan Ismanira membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita itu, manakala suaminya Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.
Mereka didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.
Pertuduhan terhadap mereka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 24 April lepas, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 28 saksi pendakwaan sepanjang 20 hari perbicaraan yang bermula pada 3 Feb lepas.
Antara saksi dipanggil ialah individu pertama yang menjumpai mayat Zayn Rayyan, iaitu Faizul Najib Abd Munaim, Auni Afiqah Abas yang merupakan pengasuh Zayn Rayyan, pakar perubatan perunding forensik Dr Rohayu Shahar Adnan, tiga pegawai penyiasat serta dua saksi kanak-kanak berusia 10 tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi, manakala peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh mewakili Ismanira.
Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023 dan mayatnya ditemukan keesokannya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mahkamah Sesyen dijadual membacakan keputusan akhir kes pembelaan terhadap Ismanira Abdul Manaf esok, sama ada dilepaskan atau disabitkan atas pertuduhan mengabaikan anak autistiknya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada Disember 2023.
- Ismanira diperintah membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, manakala suaminya Zaim Ikhwan Zahari telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama. Pihak pembelaan menutup kes pada Ogos lalu selepas memanggil lima saksi termasuk pakar psikologi dan ahli keluarga.
- Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran sungai berhampiran rumahnya sehari selepas dilaporkan hilang.