Abaikan berita palsu mengenai penglibatan Tun M dan Sufi dalam pembelian dokumen 1MDB

Astro Awani
Ogos 21, 2015 12:11 MYT
Pembaca serta pengikut Astro AWANI di Twitter, Facebook dan Instagram diminta untuk mengikuti kami di laman web untuk berita sahih. - Gambar Fail
Orang ramai telah dikelirukan dengan imej berita Awani palsu yang tersebar di media sosial berkenaan penglibatan bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta pembantunya, Sufi Yusof dalam pembelian serta pemalsuan dokumen 1MDB, namun ia bukan dari akaun rasmi Astro AWANI.
Dimaklumkan Astro AWANI tiada kaitan dalam memuat naik berita seperti yang tertera.
Pembaca serta pengikut disaran hanya mengikut Astro AWANI di laman Twitter, Facebook dan Instagram rasmi sahaja untuk mendapatkan berita yang terkini dan sahih.
Laporan palsu ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
#Astro Awani #Facebook #palsu #WhatsApp