awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
Harimau Malaya di ambang kepupusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Johari, bakal jadi individu pertama terima vaksin di Sarawak

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
24/02/2021
14:24 MYT
Abang Johari, bakal jadi individu pertama terima vaksin di Sarawak
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bakal menerima vaksin di Klinik Kesihatan Petra Jaya, Kuching pada 26 Februari 2021. -Gambar fail
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bakal menjadi penerima vaksin pertama di negeri itu pada 26 Februari 2021 di Klinik Kesihatan Petra Jaya, Kuching.
Ini turut bermakna pelancaran Program Imunisasi Fasa 1 Peringkat Negeri Sarawak diawalkan ke Jumaat, sehari lebih awal dari tarikh asal dijadualkan sebelum ini.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa sidang media Penerimaan Vaksin di gudang kargo Raya Airways, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).
“Kita hendak menunjukkan kepada semua warga Sarawak, beliau yang menjadi individu pertama secara sukarela divaksin Pfizer-BioNtech,” katanya.
Menurut beliau lagi, pemberian vaksin diawalkan kerana vaksin tiba di negeri itu lebih awal dari yang dijadualkan.
Pada petang Rabu, Sarawak menyaksikan detik bersejarah apabila sebanyak 23,400 dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech tiba di KIA.
BACA: Kumpulan pertama vaksin COVID-19 selamat tiba di Sarawak
Vaksin COVID-19 | Vaksin COVID-19 tiba di Sarawak
Kumpulan vaksin itu adalah kumpulan fasa pertama yang akan diedarkan ke Pusat Simpanan Vaksin (PSV) Kuching dan Sibu esok.
Topic Berkaitan
#vaksin COVID-19
#Ketua Menteri Sarawak
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Program Imunisasi Fasa 1
#JPBN Sarawak
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
#Pfizer-BioNTech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan