KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berucap sebagai penceramah jemputan pada makan malam S. Rajaratnam Endowment Dialogue (SRED) di Singapura.

Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak, majlis tersebut dijadualkan pada petang 26 April (Selasa) di The Arts House, 1 Old Parliament Lane.

Dialog tersebut atas jemputan Yayasan Temasek dengan kerjasama Straits Times dan International Strategy Forum (ISF) sebagai satu daripada program utama Schmidt Futures.

Kenyataan Pejabat Premier Sarawak yang memaklumkan mengenai jemputan ke atas Abang Johari sebagai penceramah dalam majlis SRED.

Abang Johari akan menyampaikan ucapannya bertemakan 'Perkembangan Ekonomi di Asia dan Dunia' dan akan menyentuh mengenai Pelan Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

Turut disampaikan termasuklah pelbagai inisiatif baharu Kerajaan Sarawak seperti Digital Ekonomi, Ekonomi Hijau, Ekonomi Hidrogen, Sistem Transit Aliran Automasi (ART), Pusat Sains Sarawak dan pertanian komersial.

Turut mengiringi Premier Sarawak nanti, ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak, Datuk Dr. Muhammad Abdullah Zaidel dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad, Datuk Sharbini Suhaili.