MALAYSIA
Abang Johari saran wakaf ilmu sebagai teras pembangunan ekonomi umat Islam
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis NREB Excellence Awards Night di sebuah hotel, malam ini. - fotoBERNAMA
KUCHING: Masyarakat Islam disaran mengangkat konsep wakaf kepada wakaf ilmu bagi memperkukuh daya saing umat dalam menghadapi perubahan landskap ekonomi global yang dipacu teknologi digital, kata Premier Sarawak Tan Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata selain wakaf harta dan aset, wakaf ilmu juga perlu diberi tumpuan sebagai bentuk sumbangan berterusan kepada kesejahteraan manusia sejagat melalui pembangunan pengetahuan, inovasi dan teknologi baharu.
"Apabila kita mampu mencipta teknologi, termasuk kandungan kecerdasan buatan (AI), maka ia akan dimanfaatkan oleh seluruh manusia demi kebaikan bersama.
"Wakaf ilmu ini penting, bukan sahaja daripada aspek aset fizikal tetapi juga daripada ilmu yang dimiliki," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Tahunan ke-14 Forum Zakat dan Waqaf Sedunia serta Persidangan Antarabangsa 2024 Tabung Baitulmal Sarawak di sini, hari ini.
Beliau berkata forum itu memberi peluang kepada Sarawak dan negara anggota lain untuk berkongsi pengalaman, idea serta peluang baharu dalam memperkukuh sistem ekonomi Islam berasaskan zakat dan wakaf di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri tidak bercadang mengantarabangsakan Tabung Baitulmal Sarawak yang menjadi contoh pengurusan berkesan dalam mengkoordinasikan kekuatan ekonomi masyarakat Islam di peringkat negeri.
Menurutnya, kisah kejayaan agensi itu perlu dikongsi dengan rakyat dan institusi lain sebagai model terbaik dalam memperkasa ekonomi umat Islam melalui pendekatan berstruktur serta berimpak.
"Fungsi utama Baitulmal ialah menyalurkan zakat dan menguruskan aset wakaf dengan baik. Apa yang kita boleh lakukan ialah berkongsi pengetahuan serta pendekatan yang telah membantu meningkatkan kedudukan ekonomi umat Islam di Sarawak," katanya.
-- BERNAMA