awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji

Bernama
Bernama
19/05/2024
15:18 MYT
Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji
Abang Johari berkata sebarang kenaikan gaji untuk pekerja yang diumumkan kerajaan mahupun pihak swasta tidak akan bermakna sekiranya ia hanya membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengawal inflasi secara efektif untuk memastikan pekerja memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kenaikan gaji, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata sebarang kenaikan gaji untuk pekerja yang diumumkan kerajaan mahupun pihak swasta tidak akan bermakna sekiranya ia hanya membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak.
"Yang penting kalau gaji naik, bermakna penggunaan tempatan anda boleh naik. Ia akan merancakkan lagi ekonomi, tetapi hanya threatnya (ancamannya) ialah inflasi. Kita tidak mahu naik gaji, tapi dari segi kuasa beli masih sama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program mencipta rekod Malaysia Book of Records untuk "Peserta Terbanyak Memakai Pakaian Etnik Dalam Persembahan Tarian Berkoreografi" di sini, pada Ahad.
Baru-baru ini Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan mempertimbangkan secara menyeluruh cadangan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) agar kadar gaji minimum ditetapkan pada RM2,102 sebulan berbanding RM1,500 ketika ini.
Rafizi berkata secara dasarnya jelas bahawa pendekatan kerajaan MADANI dalam menangani kos sara hidup adalah memberi tumpuan kepada meningkatkan pendapatan rakyat.
Abang Johari berharap kerajaan persekutuan khususnya Bank Negara dan Kementerian Kewangan mengambil kira implikasi peratusan kenaikan gaji kepada aliran wang dalam pasaran.
"Dasar ekonomi kita mesti seimbang dan pihak bank hendaklah memberi input kerana sebenarnya inflasi adalah permintaan mengatasi penawaran. Kalau anda naikkan faedah, aliran wang dalam pasaran akan kurang bermakna mahu tak mahu (bekalan) barang akan menurun," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri Sarawak telah menjalankan kajian berhubung kenaikan gaji berdasarkan produktiviti yang memberi penekanan kepada kemahiran dan pembangunan tenaga kerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mbor
#kenaikan gaji
#Inflasi
#UNICEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan