awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang lemas ditarik ombak besar selepas selamatkan adik

Sinar Harian
Sinar Harian
18/10/2021
21:45 MYT
Abang lemas ditarik ombak besar selepas selamatkan adik
Mangsa Asna Hazim Ahmad Kamal, 24, berjaya menyelamatkan adiknya Aqil Haziq, 12, daripada ditarik ombak sebelum dia pula dibawa arus. -Gambar fail/iStock
LUMUT: Seorang lelaki lemas selepas berjaya menyelamatkan adiknya yang dibawa ombak ketika mandi di pantai Teluk Senangin di sini pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa, Asna Hazim Ahmad Kamal, 24, berjaya menyelamatkan adiknya, Aqil Haziq, 12, daripada ditarik ombak sebelum dia pula dibawa arus.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan mendapati, mangsa bersama enam ahli keluarganya dari Seri Iskandar mengadakan aktiviti berkelah di pantai berkenaan.
"Mangsa cuba untuk menyelamatkan adiknya yang ditarik oleh ombak besar dan dia berjaya menolak adiknya ke tepi pantai.
"Tiba-tiba datang lagi ombak besar lalu menarik mangsa ke tengah laut.
"Tidak lama kemudian mangsa telah dijumpai terapung di tengah laut dan diselamatkan oleh ayahnya," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, mangsa yang tidak sedarkan diri ini telah dibantu oleh orang awam dengan melakukan bantuan pernafasan.
"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Seri Manjung.
"Hasil bedah siasat mendapati sebab punca kematian adalah lemas. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lemas
#Asna Hazim Ahmad Kamal
#Aqil Haziq
#selamatkan adik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan