Abang Muhyiddin Yassin meninggal dunia

Astro Awani
Disember 6, 2022 08:07 MYT
Allahyarham yang juga merupakan bekas ahli Parlimen Muar menghembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Abang kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Abdul Aziz Yassin meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Allahyarham yang juga merupakan bekas ahli Parlimen Muar menghembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun akibat sakit tua.
Pemergian Allahyarham turut dikongsi di laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Allahyarham Abdul Aziz merupakan ahli Parlimen Muar dari tahun 1995 hingga 1999.
Sebelum menyertai politik, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada 10 beradik adalah pegawai tinggi kerajaan.
Selain itu, beliau adalah bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang pertama pada tahun 1965.
#Muhyiddin Yassin #Tan Sri Abdul Aziz Yassin meninggal dunia #bekas Ahli Parlimen Muar meninggal dunia