Abang saudara paksa dua beradik lakukan seks oral

Hakim Rahman
Disember 26, 2017 12:38 MYT
Remaja 13 tahun memaksa dua adik beradik melakukan seks oral dalam masa yang sama di kediaman suspek
Dua adik beradik berusia 4 dan 6 tahun dipaksa melakukan seks oral oleh abang saudara mereka yang berusia 13 tahun, dalam kejadian awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, bapa mangsa hanya dimaklumkan mengenai insiden 12 Disember lalu dan membuat laporan polis pada 22 Disember.
"Hasil keterangan awal mangsa-mangsa, mereka dipaksa melakukan seks oral pada masa sama dan dilakukan di kediaman suspek,
"Ibu remaja lelaki tersebut sepatutnya menjaga anak sepupunya itu di rumahnya," kata Ahmad Dzaffir pada sidang media di sini, hari ini.
Dua adik beradik itu dihantar ke rumah suspek sejak setahun lalu untuk dijaga oleh ibu remaja lelaki tersebut.
Mengulas lanjut, Ahmad Dzaffir berkata, suspek tidak ditahan selepas laporan dibuat memandangkan keluarganya (suspek) memberi jaminan untuk membawanya ke balai polis dalam tempoh terdekat untuk disoal siasat.
#abang saudara #Kajang #Kanak-kanak #polis #remaja #seks oral