awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Aziz dilantik Komisioner Jeneral Penjara baharu

Bernama
Bernama
14/02/2025
11:05 MYT
Abdul Aziz dilantik Komisioner Jeneral Penjara baharu
Abdul Aziz, 58, memulakan kerjaya sebagai pegawai penjara dengan jawatan Timbalan Penguasa Penjara pada 1990.- Foto Jabatan Penjara
KUALA LUMPUR: Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Datuk Abdul Aziz Abdul Razak dilantik sebagai Komisioner Jeneral Penjara yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan Abdul Aziz, 58, memulakan kerjaya sebagai pegawai penjara dengan jawatan Timbalan Penguasa Penjara pada 1990.
Dalam tempoh 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting seperti Pengarah Penjara Bentong, Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan dan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan).
"Semoga pengalaman, kemahiran dan kepimpinan beliau akan dapat meneruskan kecemerlangan Jabatan Penjara Malaysia selari visi dan misi jabatan dengan memenuhi pendekatan Malaysia MADANI serta bertepatan dengan agenda Reformasi Perkhidmatan Awam," menurut kenyataan itu.
Abdul Aziz berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi Sumber daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Sarjana Sastera Universiti Malaya (UM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Abdul Razak
#Komisioner Jeneral Penjara
#Jabatan Penjara
#pelantikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan