awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Halim, Michael Mujah Lihan angkat sumpah Ahli Dewan Negara

Bernama
Bernama
11/12/2023
22:15 MYT
Abdul Halim, Michael Mujah Lihan angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Michael Mujah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, 11 Dis 2023. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Murum Michael Mujah Lihan semalam mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Pelantikan Abdul Halim yang berkuat kuasa 23 Nov lepas hingga 22 Nov 2026 dan Michael bermula 11 Dis 2023 hingga 10 Dis 2026 adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sementara itu, Wan Junaidi dalam ucapannya sebelum memulakan hari kelima sidang Dewan Negara bagi membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 mengalu-alukan sumbangan perbahasan yang intelektual dan konstruktif daripada kedua-dua Senator yang baharu.
Beliau turut mengingatkan Ahli Dewan Negara supaya mengekalkan momentum yang produktif dan terus berkongsi input perbahasan dan ucapan kepada media massa, elektronik dan media sosial agar rakyat mendapat maklumat dan manfaat daripada perbahasan di dalam dewan.
Abdul Halim mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen, 11 Dis 2023. --fotoBERNAMA
Abdul Halim mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen, 11 Dis 2023. --fotoBERNAMA
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#Dewan Negara
#Abdul Halim Suleiman
#Michael Mujah Lihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan