Abdul Hamid Bador pangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara

Sahlizah Mohamed
Mac 15, 2019 03:42 MYT
Abdul Hamid Bador memangku jawatan berkenaan ekoran Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang akan bersara pada 17 Mac ini.
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara pada Jumaat.
Abdul Hamid Bador memangku jawatan berkenaan ekoran Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang akan bersara pada 17 Mac ini.
Noor Rashid, 60, dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 Disember 2014.
Beliau pernah memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Mohd. Bakri Mohd Zinin.
Dalam pada itu, majlis turut menyaksikan serah tugas membabitkan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Malaysia, Puan Seri Shahriza Saad kepada Datin Seri Norazrin Marzuki.
Hadir menyaksikan majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Perkep di Pusat Latihan Polis (Pulapol) ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
#Abdul Hamid Bador #Ketua Polis Negara #Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman #polis #Polis Diraja Malaysia #Tan Sri Mohamad Fuzi Harun #Tan Sri Noor Rashid Ibrahim #Timbalan Ketua Polis Negara