Abdul Jalil ganti Mohammad Azlan sebagai CEO NSTP

Bernama
Januari 27, 2017 13:16 MYT
Media Prima Bhd melantik Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid sebagai CEO baharu The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP). - Gambar www.mediaprima.com.my
Media Prima Bhd melantik Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), berkuat kuasa 1 Mac.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Media Prima berkata, CEO sekarang, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, akan meletak jawatan itu berkuat kuasa 28 Feb.
The NSTP merupakan anak syarikat Media Prima Bhd.
-- BERNAMA
#Abdul Jalil Abdul Hamid #CEO #Media Prima #nstp