awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
JDT perkukuh benteng, ikat pemain warisan Irazabal
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu

Bernama
Bernama
01/11/2023
07:57 MYT
Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Pelantikan Abdul Rashid bagi menggantikan Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang bersara wajib pada 28 Sept lepas, demikian diumumkan MSN dalam kenyataan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Abdul Rashid bagi menggantikan Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang bersara wajib pada 28 Sept lepas, demikian diumumkan MSN dalam kenyataan.
Abdul Rashid, 59, berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia mula berkhidmat di MSN sebagai Ketua Unit Kewangan pada 1988 hingga 2002.
Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Cawangan Kewangan pada 2003 hingga 2006, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (2007-2017), Pengarah Bahagian Korporat (2018-2019) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) bermula 2020.
Abdul Rashid mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak berkepentingan yang melantik dirinya untuk menerajui badan induk berkenaan serta berikrar akan menggalas tanggungjawab menggunakan pengalamannya selama 35 tahun di MSN.
"Saya mahu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Kementerian Belia dan Sukan serta Ahli Lembaga Pengurus MSN kerana melantik saya selaku Ketua Pengarah MSN.
"Insya-Allah kita buat perbincangan bersama dan laksanakan perubahan mana perlu manakala yang baik akan kita teruskan supaya dapat mempertingkatkan lagi prestasi sukan di negara," katanya menerusi rakaman video yang dikongsi kepada media hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Rashid Yaakub
#Majlis Sukan Negara
#Ahmad Shapawi Ismail
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami