awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Taib sah letak jawatan, Adenan Satem Ketua Menteri ke-5

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
12/02/2014
08:32 MYT
Abdul Taib sah letak jawatan, Adenan Satem Ketua Menteri ke-5
Selepas menerajui pemerintahan negeri Sarawak selama 33 tahun, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akhirnya menyerahkan surat peletakan sebagai Ketua Menteri.
Perletakan jawatan jawatan beliau berkuatkuasa 28 Februari ini.
Beliau menamakan penasihat beliau, Tan Sri Adenan Satem sebagai pengganti sekaligus menjadi Ketua Menteri Sarawak ke-5 berkuatkuasa 1Mac ini.
Surat peletakan jawatan diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam satu pertemuan pukul 3.30 petang tadi.
Abdul Taib juga dijangka mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan calon akan ditentukan oleh Ketua Menteri baru.
Dalam sidang media selepas pertemuan tersebut berlangsung, Abdul Taib menjelaskan beliau gembira proses peletakan jawatannya dan menamakan pengganti berjalan lancar.
"Saya gembira semuanya berjalan lancar. Rakan kepimpinan faham sebab kenapa saya meletak jawatan," katanya.
Sebelum itu Abdul Taib menghadap TYT Sarawak pukul 3.00 petang yang turut dihadiri barisan pemimpin komponen Barisan Nasional Sarawak.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual bertemu semua Presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak malam ini.
Muhyiddin turut dijadualkan bertemu Abdul Taib pagi esok.
Topic Berkaitan
#Abdul Taib Mahmud
#Ketua Menteri Sarawak
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan