Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi percaya penglibatan meluas anggota muda pada pemilihan UMNO kali ini mampu membawa perubahan kepada parti itu pada masa depan.
"Pemilihan UMNO memberi peluang dan ruang yang luas serta baik kepada generasi muda untuk sama-sama terlibat dalam perubahan parti.
"(Contohnya) mereka boleh bersama-sama lihat dan selesaikan masalah. Ini sekali gus membuka minda dan membantu memberi idea tentang sesuatu perkara atau isu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar 'Memposisi Islam Dalam Kerangka Demokrasi Moden' anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini pada Selasa.
Justeru, beliau meminta lebih ramai calon daripada generasi muda terlibat pada pemilihan UMNO agar parti itu terus berkembang dan diberi nafas baharu.
Beliau juga percaya anggota UMNO di peringkat akar umbi akan menyokong sepenuhnya calon generasi muda yang mampu membawa perubahan dan memajukan parti.
Abdullah berkata UMNO tidak boleh selamanya selesa dengan apa yang dimiliki ketika ini.
Beliau menarik perhatian bahawa penglibatan dan pemilihan generasi muda penting untuk persiapan membentuk jentera mantap dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 kelak.
Pada pemilihan yang dijadual Oktober depan, seramai 146,500 anggota parti di peringkat akar umbi dari 191 bahagian akan terlibat memilih Majlis Tertinggi merangkumi presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden, 25 anggota MT dan anggota jawatankuasa bahagian.
Sementara itu, Abdullah yang juga Pengerusi IKIM berkata negara Islam perlu menggunakan pendekatan demokrasi berpaksikan nilai kemanusiaan yang jitu dan mengikut ajaran Islam sebenar.
Beliau berkata ada negara Arab mengaplikasi sistem pemerintahan demokrasi dengan ideologi sekular, dan tidak berpandukan ajaran agama seperti Al-Quran.
"Sebagai pengajaran untuk negara kita, janganlah demokrasi (yang sedia ada) menghanyutkan kita dan tidak dapat dikawal lagi sehingga tidak dilihat sebagai satu (medium) yang membawa pembangunan dan kebaikan kepada kita," katanya.
Justeru, Abdullah berkata umat Islam perlu bangkit melakukan perubahan termasuk mengamalkan kesamarataan, kebebasan dan keadilan yang berlandaskan agama.
Bernama
Tue Sep 03 2013
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Tradisi ilmu, pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa - PM
Tradisi ilmu dan pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa terutama dalam kalangan generasi muda untuk memastikan Malaysia mampu mencapai aspirasi ke arah menjadi sebuah negara MADANI.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah kepimpinan pelajar melalui Program Kepimpinan Muda TH siri kedua melibatkan 90 orang pelajar.
Konsep santai dan moden tarikan Perpustakaan Negeri Sembilan
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang berkonsepkan moden, santai dan interaktif menarik lebih ramai pengunjung sekali gus membawa manfaat serta memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda.
FPM@KL 2024 hidupkan semula warisan permainan tradisional
FPM@KL 2024 suatu pengalaman baharu kepada kanak-kanak dan generasi muda, yang kini lebih sinonim dengan gajet dan permainan virtual.
Raja Zarith Sofiah gesa sektor swasta tingkat usaha bantu golongan muda
Raja Zarith Sofiah bertitah agar syarikat korporat dan perniagaan memainkan peranan aktif dalam menyediakan generasi muda ke arah masa depan yang lebih baik.
PRK Nenggiri: Generasi muda tagih peluang pekerjaan
Tanpa kehadiran tapak perindustrian, rata-rata penduduk di sini hanya bergantung harap kepada pekerjaan tradisional.
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.