awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ABIM, 58 NGO serah memorandum nyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan

Bernama
Bernama
25/01/2024
00:30 MYT
ABIM, 58 NGO serah memorandum nyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan
Shamsul Iskandar (dua dari kanan) menerima memorandum 'Rakyat Mahu Kerajaan Stabil' daripada Mohammad Fazril pada Rabu. - Gambar SINAR HARIAN
PUTRAJAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama 58 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum 'Rakyat Mahu Kerajaan Stabil' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan padu terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau.
Memorandum itu diserahkan oleh Timbalan Presiden ABIM, Mohammad Fazril Mohd Saleh kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di sini pada Rabu.
Setiausaha Agung ABIM, Aliemran Norashid berkata, mereka mahu kerajaan yang dibentuk atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu diberi peluang memimpin negara sehingga tamat penggal.
"Hari ini kami menyerahkan Memorandum Rakyat untuk menyatakan sokongan dan kebersamaan bersama kerajaan sedia ada bahawa kami sebagai rakyat mahu kerajaan ini terus stabil seterusnya mendatangkan kemakmuran kepada negara dalam aspek ekonomi, perpaduan dan keseluruhannya.
"Kami mahu kerajaan sedia ada yang dipilih secara sah memimpin negara dalam tempoh lima tahun ini tanpa diganggu agenda di luar undang-undang atau Pilihan Raya Umum seperti tebuk atap dan pintu belakang," katanya kepada pemberita sambil menambah memorandum itu juga dihantar melalui e-mel kepada Ahli Parlimen.
Antara lain, memorandum itu menyatakan majoriti rakyat mahukan pentadbiran kerajaan memberikan tumpuan kepada usaha pembangunan negara dan reformasi institusi di samping memfokus kepada pertumbuhan ekonomi secara holistik.
Ia turut mencadangkan mekanisme perundangan yang dapat mengekalkan pentadbiran kerajaan dipilih rakyat sehingga tamat penggal seperti penggubalan Akta Parlimen Berpenggal Tetap diwujudkan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ABIM
#serah memorandum
#NGO
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan