MALAYSIA
ABIM cadang mesin AED disediakan di semua masjid di Malaysia
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa agar mesin Automated External Defibrillator (AED) diwajibkan di semua masjid di Malaysia. - ABIM
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa agar mesin Automated External Defibrillator (AED) diwajibkan di semua masjid di Malaysia memandangkan masjid bukan sahaja menjadi pusat ibadah, tetapi juga tempat tumpuan komuniti pelbagai lapisan umur, termasuk warga emas yang berisiko tinggi mengalami serangan jantung secara mengejut.
Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, kehadiran AED di masjid diyakini mampu meningkatkan kadar kelangsungan hidup mangsa sebelum rawatan lanjut diperoleh di hospital.
"Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh fungsi masjid sebagai pusat ibadah, malah menjadikannya pusat khidmat komuniti dan penyelamat nyawa.
"Kajian perubatan antarabangsa menunjukkan bahawa kadar kematian akibat serangan jantung mengejut (cardiac arrest) boleh dikurangkan secara drastik jika masyarakat memiliki kesedaran tinggi tentang CPR (resusitasi kardiopulmonari) dan akses segera kepada AED," katanya.
Menurut beliau dalam kenyataan sama, statistik membuktikan bahawa peluang kelangsungan hidup boleh meningkat sehingga 70 peratus apabila CPR diberikan segera oleh orang awam, disusuli penggunaan AED dalam beberapa minit pertama sebelum ketibaan paramedik sebaliknya setiap satu minit kelewatan boleh mengurangkan peluang hidup mangsa sebanyak tujuh hingga 10 peratus.
Dalam masa sama, ABIM turut menyeru syarikat korporat agar menjadikan penajaan AED, latihan CPR, dan kempen kesedaran kesihatan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
"Sumbangan ini akan memberi impak langsung kepada kesejahteraan masyarakat dan berpotensi menyelamatkan lebih banyak nyawa," katanya.
Pada masa yang sama, kesedaran awam perlu diperkasa agar masyarakat tidak panik ketika kecemasan, sebaliknya segera menghubungi talian kecemasan 999, melaksanakan CPR asas dan menggunakan AED sementara menunggu ketibaan paramedik yang mana setiap ahli kariah masjid akan lebih bersedia menghadapi sebarang insiden kesihatan mengejut.