ABIM laksana tindakan proaktif bantu mangsa banjir

Ahmad Fawwaz berkata bagi memastikan bantuan lebih sistematik dan mampu menjangkau lebih ramai mangsa, ABIM dan rangkaian agensi telah membuka tujuh Pusat Operasi dan Pengumpulan Sumbangan di seluruh negara. - Facebook ABIM
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melaksanakan tindakan proaktif dalam menghadapi situasi banjir yang semakin meruncing di beberapa negeri seluruh negara.
Ringkasan AI
- ABIM bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Adab Youth Garage (AYG) dan Rahmah Support Team (RST) menyediakan bantuan banjir termasuk penghantaran pek barangan asas, makanan panas, dan operasi pembersihan.
- Pengagihan toto, selimut, dan pakaian dilakukan kepada keluarga terjejas, termasuk pemindahan pesakit dari hospital dan rumah yang terkandas akibat banjir di beberapa negeri.
- ABIM membuka tujuh Pusat Operasi dan Pengumpulan Sumbangan di seluruh negara serta menggalakkan sumbangan melalui www.infaqabim.com untuk memastikan bantuan disalurkan secara sistematik dan berkesan kepada mangsa banjir.
Turut dilaksanakan pengagihan toto, selimut dan pakaian kepada keluarga terjejas selain bantuan pemindahan pesakit dari hospital dan rumah yang terkandas akibat banjir, khususnya di Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak.
"Segala usaha ini digerakkan melalui mobilisasi sukarelawan, aset logistik dan kerjasama erat dengan komuniti setempat serta agensi berkaitan.
"Setakat ini, sebanyak 260 sukarelawan terlatih terlibat dan jumlah ini dijangka terus meningkat mengikut keperluan lapangan," katanya dalam kenyataan, semalam.
Ahmad Fawwaz berkata bagi memastikan bantuan lebih sistematik dan mampu menjangkau lebih ramai mangsa, ABIM dan rangkaian agensi telah membuka tujuh Pusat Operasi dan Pengumpulan Sumbangan di seluruh negara, dan jumlah itu akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keadaan.
Beliau berkata pusat itu, antaranya berperanan menyelaras bantuan barangan asas, pakaian dan kit kebersihan, mengatur gerak kerja sukarelawan pembersihan, menyediakan sokongan psikososial di PPS, serta mengurus logistik sumbangan dan penyertaan sukarelawan.
Selain itu, Ahmad Fawwaz berkata orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui www.infaqabim.com.
ABIM dan rangkaian agensinya kekal komited memastikan setiap bentuk bantuan dilaksanakan secara pantas, teratur dan berpaksikan keperluan mangsa di lapangan.
"Inilah masanya untuk memperlihatkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi ujian bersama. ABIM menyeru semua pihak termasuk agensi kerajaan, sektor korporat, institusi pengajian, pertubuhan masyarakat dan komuniti setempat untuk berganding bahu membantu mereka yang terkesan agar tiada yang tercicir dalam situasi genting ini," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


