awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
Tenom diisytihar kawasan bencana banjir dan tanah runtuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Abot' dan 'Rambai' bantu pemindahan tiga gajah liar ke Taman Negara

Sinar Harian
Sinar Harian
03/06/2021
03:36 MYT
'Abot' dan 'Rambai' bantu pemindahan tiga gajah liar ke Taman Negara
Operasi pemindahan gajah dari Simpang Renggam ke Taman Negara Endau Rompin bermula Rabu. -Foto Sinar harian
KLUANG: Tiga ekor gajah yang ditangkap di Batu 43 Kampung Pinggir, Simpang Renggam di sini pada Ahad dipindahkan ke Taman Negara Endau Rompin.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, operasi pemindahan haiwan itu bermula pada pagi Rabu melibatkan kekuatan seramai 26 anggota.
Beliau berkata, anggota terbabit terdiri daripada 13 kakitangan Perhilitan Johor dan 13 kakitangan Pusat Koservasi Gajah Kebangsaan di Lanchang, Pahang.
"Operasi pemindahan dijangka selesai pada Sabtu ini.
"Dua ekor gajah denak bernama Abot dan Rambai turut digunakan bagi membantu kelancaran pemindahan tiga ekor gajah itu," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Salman berkata, kolar satelit dipasang pada seekor gajah tersebut yang berfungsi sebagai pengesan amaran awal.
"Kolar satelit ini akan memudahkan pemantauan pergerakan kumpulan gajah ini, sekali gus membantu usaha mengurangkan risiko konflik manusia dan gajah di negeri ini," katanya.
Pada Ahad, Perhilitan Johor menangkap tiga ekor gajah liar menerusi operasi tangkapan di kawasan berkenaan.
Tangkapan dibuat susulan aduan orang awam mengenai kumpulan gajah berada di dalam kebun berhampiran Hentian Sebelah Simpang Renggam.
Beberapa gambar dan video operasi pemindahan gajah tersebut turut tular di media sosial.
Artikel asal di Sinar Harian: Tiga ekor gajah liar dipindahkan ke taman negara
Topic Berkaitan
#gajah liar
#Taman Negara Endau Rompin
#Kampung Pinggir
#Simpang Renggam
#Perhilitan
#Salman Saaban
#pengesan amaran awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan