Abu mayat Karamjit Singh Karnail Singh, seorang daripada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam nahas pesawat malang milik Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, ditabur dalam laut di sini pada Sabtu.
Kedua-dua anak lelakinya, Amarpal Singh, 22, dan Melvinderjit Singh, 21, diiringi lebih 20 anggota keluarga dan sahabat handai ketika melakukan upacara itu pada kira-kira 11.40 pagi.
Abang mendiang iaitu Dr Rajindar Singh, 65, berkata keluarganya mengucapkan terima kasih terhadap cara pihak berkuasa menguruskan jasad Karamjit.
"Saya terharu dengan tugasan cemerlang yang dilakukan kerajaan, terutama anggota polis dan tentera, dalam mengendali jasad adik saya sejak ia dibawa ke KLIA semalam (Jumaat).
"Kami turut menjumpai gelang sikh yang dipakai mendiang Karamjit dari celah-celah abu mayat yang kami kutip," katanya kepada Bernama di jeti Pulau Ketam di sini.
Karamjit, 54, adalah antara 20 mangsa nahas MH17 yang jenazahnya tiba di KLIA pada Jumaat.
Pekerja ExxonMobil itu merupakan seorang daripada 43 penumpang dan anak kapal rakyat Malaysia yang berada dalam pesawat MAS berkenaan ketika ia terhempas di Donestk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.
Pesawat itu, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Terdahulu, anggota keluarga Karamjit melakukan upacara keagamaan terakhir untuk mendiang di Taman Peringatan Nirvana di Seksyen 21, Shah Alam pada kira-kira 9.30 pagi sebelum membawa abu mayatnya ke Pelabuhan Klang.
Bernama
Sat Aug 23 2014
Ahli keluarga Karamjit Singh mengucapkan terima kasih terhadap cara pihak berkuasa menguruskan jasadnya.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Panama adakan Hari Perkabungan Negara peringati peristiwa serangan 1989
Panama buat kali pertama dalam tempoh 33 tahun mengadakan Hari Perkabungan Negara pada Selasa sempena memperingati peristiwa serangan Amerika Syarikat (AS) pada 1989.
Abu mayat Karamjit ditabur dalam laut di Pelabuhan Klang
Abu mayat Karamjit Singh Karnail Singh, seorang mangsa dalam nahas pesawat MH17 ditabur dalam laut.
Pihak tuduh kerajaan membazir adakan istiadat penghormatan jenazah MH17 diselar
Datuk Ahmad Maslan turut menyelar sesetengah pihak yang menuduh kerajaan melakukan pembaziran apabila mengadakan istiadat penghormatan jenazah.
Dua lagi jenazah mangsa nahas MH17 tiba Ahad
Pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol itu tiba di KLIA pada jam 6.43 pagi Ahad waktu Malaysia.
MH17: Keluarga harap jenazah Rahimmah selamat sampai
Seluruh anggota keluarga amat berharap jenazah Noor Rahimmah selamat sampai dalam keadaan sempurna.