KUALA LUMPUR: Komitmen dan kesungguhan tinggi ditunjukkan semua anggota Jemaah Menteri dalam menjayakan acara 100 Hari Keluarga Malaysia mencatat sejarah baharu negara kerana buat julung kalinya, ia membabitkan penglibatan kesemua kementerian dan jabatan kerajaan dalam satu masa.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata berbeza dengan penganjuran acara mega kerajaan sebelum ini yang berfokuskan kepada segmen tertentu, namun acara 100 Hari Keluarga Malaysia kali ini telah mengukir rekod baharu yang begitu unik dan istimewa.
"Ini kerana buat julung kalinya, semua kementerian dan jabatan di bawah kepimpinan 31 anggota Jemaah Menteri berkerjasama dalam satu sinergi yang cukup mantap di bawah semangat Keluarga Malaysia untuk sama-sama menjayakannya," katanya dalam ucapan alu-aluan pada Majlis Perasmian Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di sini hari ini.
Mohd Zuki juga berharap setiap kementerian terus memberi sepenuh komitmen bagi meneruskan aspirasi tersebut dengan pelbagai inisiatif ke arah kesejahteraan dan kemakmuran seluruh Keluarga Malaysia, dan tidak hanya terhad kepada 100 hari pertama pentadbiran.
Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama empat hari mulai hari ini, dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.
Mohd Zuki turut menyeru masyarakat untuk menghayati konsep dan makna sebenar aspirasi Keluarga Malaysia terutama ketika menghadapi cabaran pandemik COVID-19.
Beliau berkata istilah 'keluarga' yang membawa takrifan sekumpulan individu yang mempunyai talian persaudaraan dan tinggal di bawah satu bumbung serta saling sayang-menyayangi, bertepatan dengan aspirasi yang diketengahkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Apabila disebut frasa 'Keluarga Malaysia' ini, ia berkait rapat dengan nilai kekeluargaan kerana keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sebuah keluarga," katanya.
Beliau berkata Konsep Keluarga Malaysia juga dizahirkan tepat pada masanya iaitu ketika negara sedang diuji dengan pandemik COVID-19 yang mencetuskan krisis kesihatan dan memberi impak kepada tahap ekonomi negara.
Mohd Zuki berkata aspirasi tersebut juga secara tidak langsung memberi kekuatan untuk masyarakat dan pemimpin menghadapi cabaran pandemik COVID-19 dan cabaran yang bakal mendatang sebagai sebuah keluarga besar yang prihatin.
Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia anjuran Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) Jabatan Perdana Menteri itu menampilkan galeri pencapaian kementerian, program bantuan, pameran kementerian dan agensi, persembahan kebudayaan, serta pameran dan jualan usahawan.
Konsep Keluarga Malaysia yang bertunjangkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran diperkenalkan Ismail Sabri menerusi ucapan sulungnya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, dan membentuk kerajaan baharu pada Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Perdana Menteri (kiri) pada gimik Perasmian 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.- Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
100 Hari Keluarga Malaysia: Bantuan kerajaan beri sinar buat peniaga jalanan
Pelbagai program bantuan dan sokongan kerajaan kepada rakyat serta pengusaha perniagaan termasuk ketika pembentangan Bajet 2022 memberi sinar baharu buat peniaga jalanan di Terengganu.