awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KTMB tambah tren ETS sempena Aidilfitri, Tahun Baharu Cina
Pelajar cedera motosikal disondol babi
PM umum pelaksanaan Penilaian Darjah 4, prasekolah mulai usia 5 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Acara larian rentas desa SM Sains Tuanku Jaafar patuh garis panduan - KP Pendidikan

Bernama
Bernama
21/04/2024
13:07 MYT
Acara larian rentas desa SM Sains Tuanku Jaafar patuh garis panduan - KP Pendidikan
Azman berkata, tidak timbul isu untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir sekolah itu susulan kejadian seorang pelajar rebah dan kemudian meninggal dunia. - Gambar fail
GUA MUSANG: Acara larian merentas desa yang dilaksanakan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini mengikut garis panduan sedia ada.
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sehubungan itu, tidak timbul isu untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir sekolah berkenaan susulan kejadian seorang pelajar rebah dan kemudian meninggal dunia ketika menyertai acara terbabit.
"Ini adalah kemalangan (pelajar rebah kemudian meninggal dunia) dan program (merentas desa) yang dilaksanakan itu adalah anjuran pihak sekolah.
"Setiap acara larian merentas desa ada garis panduan sedia ada dan tidak timbul soal tindakan perlu diambil terhadap pentadbir sekolah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Pendidikan MADANI Sekolah Murid Orang Asli di penempatan Orang Asli Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir, di sini hari ini.
Beliau mengulas insiden seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar yang merupakan pesakit jantung berlubang, meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa, Jumaat lepas.
Pelajar berkenaan Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, rebah kira-kira 50 meter sebelum ke garisan penamat bagi acara larian itu kira-kira 9.30 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azman Adnan
#KP Pendidikan
#rentas desa
#pelajar maninggal dunia
#pentadbir sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan