MAGNUM PINK mengetengahkan keenakan perisa Buah Delima Merah Jambu yang sungguh mengasyikkan digabung dengan sos buah Delima. Di bahagian luarnya ialah salutan Coklat Belgium berona merah jambu yang terkenal di seluruh dunia memenuhi setiap inci aiskrim premium. Bukan itu sahaja, rasa buah Delima yang membangkitkan jiwa serta warna merah jambu yang ceria mencerminkan mood yang gembira, teruja dan penuh dengan semangat.
MAGNUM BLACK pula melambangkan kemewahan yang sebenar. Rasa Espresso yang pekat menyelusuri setiap pelusuk aiskrim Vanila yang enak dan lembut serta disaluti dengan lapisan coklat Tanzania yang tebal, menghasilkan rasa yang hebat serta menarik perhatian para peminat kopi gourmet dan coklat.
MAGNUM PINK & MAGNUM BLACK kini boleh didapati di semua peruncit utama dan pasar raya terkemuka pada harga RM4.50 setiap satu dan pek pelbagai tiga setiap rasa pada RM13.50 setiap pek. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MAGNUM PINK and MAGNUM BLACK dan warna mood MAGNUM anda di saat ini, lawati www.MagnumPinkandBlack.com.my. Untuk maklumat terkini tentang MAGNUM, sila lawati laman Facebook rasmi MAGNUM Malaysia di https://www.facebook.com/MagnumMalaysia dan laman Instagram di https://www.instagram.com/Magnum_My