Acara utama sempena hari lahir Yang Dipertua Sarawak ditangguhkan

Bernama
Oktober 10, 2023 04:19 MYT
Penganjuran semua acara utama sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Tun Abdul Taib Mahmud pada 13 hingga 15 Okt ini ditangguhkan. - Gambar fail
KUCHING: Penganjuran semua acara utama sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-87 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada 13 hingga 15 Okt ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata bagaimanapun perayaan hari lahir itu masih kekal diwartakan pada 14 Okt.
"Tarikh tersebut juga kekal diisytiharkan sebagai cuti umum bagi Sarawak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA
#Sarawak #sambutan hari lahir #Yang Dipertua Negeri #Tun Abdul Taib Mahmud #tangguh