Pihak berkuasa syariah di Aceh menguatkuasakan larangan jualan sebarang bentuk makanan pada sepanjang siang bulan Ramadan dan peraturan itu berkuatkuasa kepada orang bukan Islam untuk menghormati orang Islam yang berpuasa, lapor akhbar The Jakarta Globe.
Peniaga makanan boleh memulakan perniagaan mereka antara pukul 4 petang hingga 8 malam dan seterusnya selepas sembahyang tarawih sampai ke Subuh, kata Ketua Operasi Wilayatul Hisbah Aceh, Hardy Karmy kepada akhbar itu pada Khamis.
“Mereka mesti hormat kepada orang Islam yang berpuasa,” jelas Hardy.
Wilayatul Hisbah adalah lembaga pengawasan yang memantau pelaksanaan syariat Islam di Aceh.
Menurut The Jakarta Globe, badan itu sejak tiga hari yang lepas menjalankan operasi untuk memastikan tidak ada sesiapa yang menjual makanan di luar pada waktu yang ditetapkan.
Larangan itu mendapat bantahan masyarakat bukan Islam.
“Sejak hari ini mereka (peniaga makanan) tidak dibenarkan menjual makanan biarpun kepada orang bukan Islam," kata Kho Khie Siong, ketua Yayasan Hakka Aceh, sebuah badan masyarakat Cina.
The Jakarta Globe melaporkan anggota penguatkuasa syariah itu mengosongkan sebuah lorong yang terkenal sebagai pusat jualan makanan di Penayong, Banda Aceh biarpun setiap gerai makan itu meletakkan notis hanya untuk orang bukan Islam.
“Kami hormat mereka yang berpuasa dan kami juga hormat syariah Islam di Aceh kerana kami sudah tinggal di sejak turun temurun,” kata Kho. “Kami lahir dan besar di Aceh. Kami juga orang Aceh.”
LIHAT GALERI FOTO RAMADAN DI INDONESIA
Menurut Kho, pihak berkuasa sepatutnya melonggar syarat itu supaya peniaga makanan dapat terus berniaga kerana itulah mata pencarian mereka.
“Kalau dipaksa tutup sebulan, mereka hendak makan apa?” tanya Kho.
Jelas Kho larangan ini tidak pada tahun-tahun yang lepas terutamanya di kawasan masyarakat China dan beliau tidak tahu kenapa larangan itu diperkenalkan pada tahun ini.
Tambah beliau, wakil masyarakat China akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa’aduddin Djamal untuk membincangkan perkara itu.
Astro Awani
Fri Jul 04 2014
Peraturan itu berkuatkuasa kepada orang bukan Islam untuk menghormati orang Islam yang berpuasa - (AP Photo/Heri Juanda)
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Demi cinta, sanggup curi peti sejuk nak bayar ansuran motor kekasih
Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai mencuri peti sejuk dan mesin basuh di sebuah rumah, gara-gara mahu membantu membayar duit ansuran kekasihnya.
Tentera laut Indonesia tunda bot pelarian Rohingya ke pelabuhan terdekat
Indonesia yang pada awalnya mahu menghantar pulang bot itu, memutuskan untuk membenarkan pelarian mendarat atas dasar kemanusiaan.
Ulama di Aceh mahu pemain PUBG dihukum sebat
Golongan yang aktif dengan permainan PUBG dianggap telah melanggar syariat Islam di Aceh.
300 pelarian Rohingya ditemui di Aceh
Menurut pihak berkuasa, kumpulan itu tiba di Pantai Ujong Blang dengan sebuah kapal.
Majlis ulang tahun ke-15 memperingati bencana tsunami Aceh
Walaupun sudah 15 tahun berlalu, pasti ramai yang tidak dapat melupakan kejadian bencana alam tsunami di Aceh yang meragut lebih 230,000 nyawa di beberapa negara.
"Kenapa tidak bangkit isu Aceh? Saya menolong orang Islam"- Ramasamy
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy menegaskan bahawa beliau bukan anggota kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Beginilah peta Semenanjung sekiranya...
Malaysia telah wujud sebagai sebuah negara berdaulat dan negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu selama lebih 60 tahun.
Enam pasangan disebat akibat kantoi berkhalwat
Enam pasangan dijatuhkan hukuman sebat di khalayak ramai kerana menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan di wilayah Aceh pada Isnin.
Tiket pesawat mahal, warga Aceh terbang ke KL dulu sebelum ke Jakarta
Peningkatan harga tiket penerbangan domestik yang naik berkali ganda mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penumpang.
Kalau dah jodoh tak ke mana, perawan 60 tahun temui 'pucuk muda'
Usia ternyata bukan penghalang cinta, begitulah yang terjadi apabila seorang perawan berusia 60 tahun menikahi suaminya yang jauh lebih muda.