Pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ 320) yang baru diperoleh kerajaan, hari ini melakukan penerbangan rasmi pertamanya membawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Pesawat ACJ 320 itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar sekitar jam 10 pagi terus Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, perolehan pesawat ACJ 320 itu bertujuan menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang berusia 16 tahun dan kini dalam proses pelupusan.
Kenyataan sama juga menyatakan keputusan menggantikan BBJ dibuat pada tahun 2013 berikutan kos penyelenggaraannya semakin meningkat kerana faktor usia dan risiko keselamatan.
Pesawat ACJ 320 yang berlepas dari Hamburg, Jerman tiba di Kuala Lumpur pada 6 Mei lalu, selepas singgah di Almaty, Kazakhstan selama sejam bagi mengisi minyak.
Pesawat berkenaan membawa sembilan anak kapal dan dua pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan bagi memastikan pesawat yang diterima berada dalam keadaan baik dan menepati spesifikasi perjanjian pembelian.
Laluan Hamburg-Almaty-Subang dicadangkan sebagai laluan berdasarkan keadaan cuaca pada ketika itu.
Penerbangan itu juga menggunakan ruang udara China berdasarkan keadaan angin dan ketinggian awan, berbanding ruang udara Afghanistan.
Selain ACJ 320, tiga lagi pesawat eksekutif kerajaan adalah ACJ 319 yang diperoleh pada tahun 2007, manakala dua lagi pesawat bersaiz lebih kecil iaitu Falcon pada 1989 dan Global Express pada 2001.
Menerusi kenyataan Jabatan Perdana Menteri lagi, pesawat khas ini diperuntukkan bagi kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, tetamu-tetamu kerajaan persekutuan dari negara asing, pegawai kanan kerajaan serta orang kenamaan.
Bagaimanapun, ianya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
Astro Awani
Sun May 17 2015
Pesawat ACJ 320 itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar sekitar jam 10 pagi terus Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. - fotoBernama
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
ACJ 320 terbang pertama kali hari ini, bawa Agong ke Langkawi
Pesawat eksekutif ACJ 320 hari ini melakukan penerbangan rasmi pertamanya membawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.